Parlimen Scotland: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 87:
 
== Bangunan dan perkarangan ==
[[Fail:ScottishParliamentFront.JPG|thumb|230px|Pintu masuk awam bangunan Parlimen Scotland, dibuka pada Oktober 2004]]
Sejak September 2004, bangunan rasmi bagi Parlimen Scotland telah menjadi [[Bangunan Parlimen Scotland]] yang baru, di kawasan Holyrood, Edinburgh. Bangunan itu telah direka bentuk oleh arkitek Sepanyol, [[Enric Miralles]] dengan kerjasama firma seni bina Edinburgh tempatan [[RMJM]] yang diketuai oleh [[Tony Kettle]]. Beberapa ciri utama bangunan baru itu adalah bentuknya yang seperti daun, cabang berbumbung rumput yang bergabung menjadi taman bersebelahan dan dinding gabion yang dibentuk daripada batu-batu bangunan sebelumnya. Sepanjang bangunan tersebut terdapat banyak motif berulang seperti bentuk-bentuk berdasarkan pada lukisan oleh Raeburn, ''[[Reverend Robert Walker Meluncur di Loch Duddingston|Menteri Meluncur]]''.{{R|Raeburn}} Tebar layar bertangga dan jendela langit bot terbalik di Lobi Kebun melengkapkan seni binanya yang unik.{{R|Architecture}} Baginda [[Ratu Elizabeth II]] melancarkan pembukaan bangunan baru Parlimen pada 9 Oktober 2004.
 
Baris 96:
 
Sebagai tambahan kepada Dewan Perhimpunan Agung, Parlimen juga menggunakan bangunan yang disewa daripada Majlis Bandaraya Edinburgh. Bekas bangunan pentadbiran [[Lothian|Majlis Wilayah Lothian]] di Jambatan George IV telah digunakan sebagai pejabat untuk ahli-ahli MSP. Selepas Parlimen dipindahkan ke Holyrood pada 2004, bangunan ini dimusnahkan. Bekas bangunan Kaunti Lothian Tengah yang menghadap Dataran Parlimen, High Street dan Jambatan George IV di Edinburgh (asalnya dibina sebagai ibu pejabat Majlis Kaunti Lothian Tengah sebelum tahun 1975) menempatkan pusat dan kedai pelawat Parlimen, manakala dewan utama digunakan sebagai bilik jawatankuasa utama Parlimen.
 
== Pegawai ==
[[Fail:Her Majesty Queen Elizabeth II at the opening of the Scottish Parliament.jpg|thumb|left|Baginda [[Ratu Elizabeth II]] bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Pertama [[Donald Dewar]] dan Tuan Pegawai Pengerusi [[David Steel]] semasa pembukaan Parlimen pada 1 Julai 1999|230px]]
Selepas setiap pilihan raya bagi Parlimen Scotland, pada permulaan sesi parlimen, seorang MSP akan dipilih untuk berkhidmat sebagai [[Pegawai Pengerusi Parlimen Scotland|Pegawai Pengerusi]], satu jawatan yang setara dengan speaker di badan-badan perundangan lain, dan dua orang MSP untuk berkhidmat sebagai timbalan. Pegawai Pengerusi (kini [[Ken Macintosh]]) dan para timbalan (kini [[Linda Fabiani]] dan [[Christine Grahame]]) dipilih melalui [[undi sulit|undian rahsia]] oleh 129 orang MSP, di mana ia satu-satunya undian sedemikian yang dilakukan di dalam Parlimen. Pada asasnya, peranan Pegawai Pengerusi adalah untuk mempengerusikan prosiding-prosiding dewan dan Badan Korporat Parlimen Scotland. Apabila mempengerusikan mesyuarat Parlimen, Pegawai Pengerusi dan timbalannya mestilah tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Semasa perbahasan, Pegawai Pengerusi (atau timbalannya) dibantu oleh kerani parlimen, yang memberi nasihat bagaimana untuk mentafsir aturan tetap yang menguruskan prosiding-prosiding mesyuarat. Kerani undi duduk di hadapan Pegawai Pengerusi dan mengendalikan peralatan pengundian elektronik dan jam-jam dewan.
 
Sebagai seorang ahli [[Badan Korporat Parlimen Scotland]], Pegawai Pengerusi bertanggungjawab untuk memastikan Parlimen berfungsi dengan cekap dan mempunyai kakitangan, pemilikan dan sumber yang diperlukan untuk beroperasi. Mengadakan Biro Parlimen yang memperuntukkan masa dan menetapkan agenda kerja di dalam dewan adalah salah satu peranan Pegawai Pengerusi. Di bawah [[Tatacara parlimen|aturan tetap parlimen]], Biro terdiri daripada Pegawai Pengerusi dan seorang wakil daripada setiap parti siasah dengan lima atau lebih kerusi di dalam Parlimen. Antara kewajipan Biro adalah untuk bersetuju dengan jadual waktu perniagaan di dalam dewan, mewujudkan nombor, bidang kuasa dan keahlian jawatankasa parlimen dan mengawal atur perjalanan (rang) undang-undang melalui Parlimen. Pegawai Pengerusi juga mewakili Parlimen Scotland di dalam dan luar dengan kapasiti rasmi.
 
Pegawai Pengerusi mengawal perbahasan-perbahasan dengan memanggil ahli Parlimen (MSP) untuk berucap. Jika seorang ahli percaya bahawa peraturan (atau aturan tetap) telah dilanggar, beliau boleh membangkitkan "mengikut peraturan", di mana Pegawai Pengerusi akan membuat keputusan yang tidak tertakluk kepada sebarang perbahasan atau rayuan. Pegawai Pengerusi juga boleh menegur tatatertib kepada MSP yang gagal mematuhi peraturan-peraturan Parlimen.
 
Ahli Pemerintah Scotland yang bertugas untuk memimpin perniagaan Eksekutif melalui Parlimen ialah Menteri untuk Perniagaan Parlimen (kini [[Joe FitzPatrick]]). Menteri tersebut dilantik oleh [[Menteri Pertama Scotland|Menteri Pertama]] dan ia adalah Menteri Muda di dalam Pemerintah Scotland, yang tidak menghadiri kabinet.
 
== Rujukan ==