Parlimen Scotland: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Kembangkan rencana
Baris 106:
 
Ahli Pemerintah Scotland yang bertugas untuk memimpin perniagaan Eksekutif melalui Parlimen ialah Menteri untuk Perniagaan Parlimen (kini [[Joe FitzPatrick]]). Menteri tersebut dilantik oleh [[Menteri Pertama Scotland|Menteri Pertama]] dan ia adalah Menteri Muda di dalam Pemerintah Scotland, yang tidak menghadiri kabinet.
 
== Dewan parlimen ==
Dewan perbahasan Parlimen Scotland mempunyai tempat duduk yang diatur dalam separa bulatan, satu reka bentuk yang biasa dilihat di badan-badan perundangan Eropah, yang bertujuan untuk menggalakkan sepersetujuan dan kesepakatan. Dengan jumlah tempat duduk sebanyak 131, 129 diisi oleh ahli Parlimen (MSP) yang dipilih dan dua lagi untuk pegawai undang-undang Scotland — ''[[Lord Advocate]]'' (Peguam Bela) dan [[Peguam Cara Negara Scotland]], yang merupakan anggota Pemerintah Scotland. Oleh itu, dua pegawai itu boleh menghadiri dan berbahas di dalam mesyuarat pleno Parlimen tetapi tidak dapat mengundi kerana mereka bukannya MSP yang dipilih.
 
Para ahli MSP boleh duduk di mana sahaja di dalam dewan, tetapi kebiasaannya duduk mengikut kumpulan parti mereka. Menteri Pertama, menteri-menteri kabinet Scotland dan pegawai undang-undang duduk di baris hadapan, tengah dewan. Parti terbesar dalam Parlimen duduk di tengah-tengah separa bulatan, dengan parti-parti pembangkang di sisi kiri dan kanan. Pegawai Pengerusi, kerani dan pegawai parlimen duduk bertentangan dengan para MSP, di hadapan dewan perbahasan.
 
Di hadapan meja Pegawai Pengerusi terdapat [[Cokmar istiadat|cokmar]] parlimen yang dibuat daripada perak dan bertatahkan emas yang diambil dari sungai-sungai di Scotland serta perkataan ''Wisdom, Compassion, Justice and Integrity'' (Hikmah, Belas kasihan, Keadilan dan Kewibawaan) ditulis padanya. ''There shall be a Scottish Parliament'' (Maka hendaklah ada Parlimen Scotland), yang merupakan perkataan-perkataan pertama daripada Akta Scotland ditulis mengelilingi kepala cokmar, yang mempunyai peranan istiadat dalam mesyuarat Parlimen, mewakili kuasa Parlimen untuk menggubal undang-undang. Dihadapkan ke Parlimen Scotland oleh Baginda Ratu apabila pembukaan rasmi Parlimen pada Julai 1999, cokmar dipaparkan dalam bekas kaca, digantung daripada penutupnya. Pada permulaan setiap persidangan di dalam dewan, penutup kaca diputarkan supaya cokmar berada di atas kaca untuk menandakan mesyuarat penuh sedang dijalankan
 
== Rujukan ==