Bukit Kayu Hitam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemaskini
k Betulkan ejaan "Siamtadi" ke "Siam tadi"
Baris 1:
'''Bukit Kayu Hitam''' terletak di kawasan Parlimen [[Kubang Pasu]] di [[Kedah]].
 
Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung [[Lebuh Raya Utara-Selatan]] ([[PLUS]]).<ref>[http://www.dromoz.com/satellite/directory/?gps=f304ce6ee82e71ae891ca0343c753ceb Gambar satelit Bukit Kayu Hitam (Google Earth)]</ref> Di sini letaknya pintu masuk ke negara [[Thailand]]. Beberapa buah kompleks perniagaan jualan murah dan bebas cukai telah didirikan di Bukit Kayu Hitam ini.
 
== Sejarah ==
 
Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera [[Siam]] menyerang [[Kedah]] pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama [[Bukit Kayu Hitam]] ini asalnya diberikan oleh tentera [[Siam]] semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang [[Kedah]], tentera [[Siam]] telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke [[Kedah]]. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera SiamtadiSiam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya [[Bukit Kayu Hitam]] dimana dalam bahasa [[Siam]] disebut Kuan Mhai Dam.
 
Setelah [[Siam]] kalah, orang-orang [[Melayu]] mula mendirikan perkampungan di sekitar [[Bukit Kayu Hitam]] dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke [[Siam]] untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini.
Baris 23:
* [[Nanyan Saad]] ( [[PAS]] ) Jumlah undi yang diperolehi oleh [[Parti Islam SeMalaysia]] ialah : 5,973
** [[Majoriti]]-diperolehi :6,972 , [[Jumlah Undi]] :19,313 , [[Undi Rosak]] : 395 , [[% Mengundi]] :82.40
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
{{Kedah}}