Perbincangan:Hang Tuah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Master of Books (bincang | sumb.)
Baris 49:
 
:Sebagaimana yang telah diumumkan, adalah dasar Wikipedia '''tidak menerima penyelidikan sendiri'''. Jika rujukan adalah berdasarkan dokument sejarah bahasa Jawa, / bahasa Cina / bahasa Arab boleh diterima dengan syarat ada rujukan yang boleh diperiksa sendiri oleh para penyelia (Google Translate). Jika berdasarkan penyelidikan, ia perlu melalui peer reviews. Jika sumber tersebut dari facebook, myspace, blog, buku cetakan sendiri ("selfpublish books", penyelidikan asli ("original research"), atau kisah lisan (datuk, nenek, pakcik, tok wan, orang tua-tua dahulu) dsb, maka ia '''tidak boleh diterima'''. Dengan itu kisah pahit di atas perlu rujukan sahih. (Sila rujuk [http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Verifiability#Reliable_sources rujukan sahih] sekiranya tidak tahu). Jika kaitan dengan Saad pasti ada rujukan Arabnya. Jika buku, pastikan sebolehnya yang ada dalam Google books. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan pengguna:Yosri|bincang]]) 16:17, 9 Mei 2012 (UTC)
 
== Cadangan pembaikan artikel Hang Tuah ini ==
 
Saya mencadangkan pembaikan dilakukan pada artikel Hang Tuah ini kerana saya lihat masih ada kurangnya. Oleh itu berikut ialah cadangan-cadangan saya:
<br>
# '''Nyatakan versi''' Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang dimaksudkan dalam artikel ini - ini kerana terdapat '''perbezaan-perbezaan ketara''' terutamanya dalam Sulalatus Salatin yang banyak naskhah ('''32 naskhah''', '''belum termasuk versi A. Samad Ahmad''' yang kini popular apabila banyak digunakan dalam pembelajaran di Tingkatan 6 Aliran Sastera). Versi A. Samad Ahmad ini ialah '''versi lebih muda & tokok tambah'''. Versi itulah yang telah '''ditambah "Hang Tuah berasal dari Mengkasar"''' dari salah satu daripada 3 naskhah simpanan DBP yang telah digunakan. Untuk pengetahuan, naskhah yang diakui TERTUA ialah naskhah Raja Bongsu (Raffles MS no. 18). Versi Raja Bongsu ini dianggap paling hampir dengan naskhah asal (Hikayat Melayu) oleh para sarjana Barat dan tempatan atas beberapa sebab kukuh.
# '''Hanya gunakan versi atau resensi tertua''' Sulalatus Salatin iaitu '''versi Raffles MS no. 18 (versi Raja Bongsu)''', bukan guna versi A Samad Ahmad atau mana-mana versi yang lebih muda - ini penting kerana para sarjana melihat versi-versi salinan/tulisan semula yang lebih muda daripada versi Raffles MS no. 18 (versi Raja Bongsu) adalah hasil tokok tambah. Saya dapati, '''artikel Hang Tuah di Wikipedia Bahasa Melayu ini''' menggunakan '''versi A. Samad Ahmad''' padahal '''ramai sarjana memilih versi tertua (Raffles MS no. 18''', juga dikenal sebagai '''versi Raja Bongsu'''). Untuk pengetahuan, versi tertua itu '''langsung tak mengatakan "Hang Tuah berasal dari Mengkasar"'''.
# '''Setiap fakta''' atau isi yang dilihat penting, perlu '''diberi nombor rujukan & rujukan'''.
 
Saya juga berhasrat dan telah merancang untuk menyunting artikel Hang Tuah ini bagi menjadikannya lebih baik berdasarkan kajian-kajian dan pandangan-pandangan para sarjana melalui artikel atau jurnal mereka.
<br><br>
Sekian, terima kasih.<br>
 
[[Pengguna:Master of Books|MoBs]] ([[Perbincangan pengguna:Master of Books|bincang]]) 16:42, 15 Mac 2018 (UTC)
Kembali ke laman "Hang Tuah".