Papan kekunci (pengkomputan): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.183.218 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 210.48.147.152
Teg: Undur
Baris 1:
[[Fail:Computer keyboard US.svg|thumb|300px|Papan kekunci biasa]]
 
'''Papan kekunci''' merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling terkenal untuk memasukkan [[data]] ke dalam [[komputer]].
Papan kekunci hari ini secara amnya menggunakan [[litar bersepadu]] untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.
 
* menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod [[nombor perduaan|perduaan]], untuk dihantar ke [[CPU]] bergantung kepada kekunci yang ditekan.
* bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
* mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
* menyimpan secara sementara atau "menimbal" [[masukan]] jika kekunci ditaip terlalu pantas.
 
Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci ialah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.
 
Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.
 
Papan kekunci mempunyai pengawal (''controller'') dan penimbal (''buffer'') kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (''interrupt'') daripada pengawal kekunci.
 
== Pautan luar ==
* {{ms}} [http://teknologi-maklumat.com/wiki/Papan_kekunci Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Papan kekunci secara ringkas]