Khairul Anuar Latip: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Eddie Pak (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Fandi89
Teg-teg: Undur Buat asal
Ineedfood (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 28:
 
===Mula bergiat aktif===
Pada tahun 1992, beliau ditawarkan untuk bekerja sebagai pengurus produksi di Syarikat Produksi Seni 2020<ref>[http://seni2020.com/ Syarikat Produksi Seni 2020] {{pautan luput}}</ref> yang diterjui oleh [[Nancie Foo]], Wendy Wong dan [[Eddie Pak]] (Alif Najmi). Projek TV pertama yang dipertanggungjawabkan kepada beliau ialah siri ''Kisah Benar'' yang bersiaran di [[TV3]] selama 12 tahun (1992-2004). Projek ini telah memberi beliau pengalaman yang sangat berguna kerana puluhan episod telah diterbitkan.
 
Bermula dari situ, beliau banyak terlibat didalam penerbitan drama bersiri yang lain seperti Bicara Hati, siri penyiasatan Crime Forces dan juga beberapa buah cerekarama dan Layar Mutiara sebelum Astro mewujudkan slot telemovie di pertengahan tahun 90an.
 
Pada tahun 1994, beliau meninggalkan Produksi Seni 2020 apabila ditawarkan untuk bersama Ogy's Production. Bersama syarikat yang diterjui oleh seniwati [[Ogy Ahmad Daud]], beliau sempat bekerjasama bagi menerbitkan 2 buah telemovie; Bulan Madu dan Sindiket Si Hitam.
Namun, beliau agak sulit untuk menyesuaikan diri. Pada penghujung tahun 1994, beliau meninggal Ogy's Production untuk bersama-sama [[Eddie Pak]] (Alif Najmi), mendiang Rambo Chin dan beberapa rakan yang lain menubuhkan United Movie Sdn Bhd<ref>[http://United%20Movie%20Sdn%20Bhd United Movie Sdn Bhd]</ref>. Pelbagai tajuk drama telah diterbitkan, antaranya Di Persimpangan (TV3), Salah Siapa (RTM) dan Misteri Bulan Madu (Astro) yang difilemkan di [[New York]], [[Pennsylvania]] dan Atlantic City, [[Amerika Syarikat]].
 
=== Penglibatan penerbitan filem ===
Ketika di United Movie, Khairul Anuar dipertanggungjawabkan menguruskan operasi penerbitan syarikat. Pada awal tahun 1995, atas persetujuan bersama Khairul dan [[Eddie Pak]] telah menerbitkan filem sulung Syarikat United Movie, bertajuk ''[[Litar Kasih]]'' yang dibintangi oleh [[Azhar Sulaiman]], [[Faizal Hussein]], [[Linda Rafar]] dan Aisyah Atan. Beliau bertindak sebagai Penerbit Eksekutif dan [[Eddie Pak]] sebagai pengarah dan penerbit. Bagaimanapun filem ini menjadi kontroversi apabila menjadi filem melayu pertama di klasifikasikan 18SX setelah hampir 8 babak penting terpaksa disunting. Tindakan itu telah mencacatkan keseluruhan plot dan mood cerita tersebut. Kecewa dengan apa ketetapan LPF itu, beliau bertekad untuk tidak mahu menerbitkan filem dan beliau bertindak meninggalkan United Movie untuk membuka syarikatnya sendiri KayRoll Entertainment yang di khususkan untuk penerbitan rancangan TV.
 
Pada tahun 1999, beliau ditawarkan untuk bersama [[Double Vision]]. Sepanjang bersama Double Vision (1999 - 2010), Khairul telah menerajui pelbagai program TV sebagai Penerbit Eksekutif dan Pengawal Penerbitan rancangan Melayu. Pada tahun 2004-2007, beliau telah dihantar ke [[Jakarta]], [[Indonesia]] sebagai Penasihat Penerbitan dan Penerbit Eksekutif bagi membentuk cawangan produksi Double Vision Indonesia. Sekembalinya dari Jakarta, beliau meneruskan tanggungjawab bersama Vision New Media dan sempat menerbitkan sebuah filem ''[[Sini Ada Hantu]]'' (2011) arahan [[James Lee (pengarah filem Malaysia)|James Lee]] sebelum meninggalkan Double Vision dan membuka syarikat Filmmecca Studio Sdn Bhd <ref>[http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lonjakfilemkitakeperingkatglobal//Article/index_html Filmmecca Studio Sdn Bhd]</ref> yang diusahakan bersama rakan dibawah payung FM Productions Group.