Batu Bersurat Dong Yen Chau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Naval Scene (bincang | sumb.)
Naval Scene (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Batu Bersurat Dong Yen Chau'''<ref>Ngọc Chừ Mai: ''Văn hóa Đông Nam Á''. Đại học quốc gia Hà Nội, 1999, p.&nbsp;121; Anne-Valérie Schweyer: ''Viêt Nam: histoire, arts, archéologie''. Olizane, 2011, p.&nbsp;424.</ref><ref name="Academia">{{cite web | title= Early Indic Inscriptions of Southeast Asia | first= Arlo | last= Griffiths | publisher= Academia.edu | url= http://www.academia.edu/6301451/Griffiths_2014_Early_Indic_Inscriptions_of_Southeast_Asia | accessdate= 20 January 2015}}</ref> adalah sebuah [[batu bersurat]] ber[[bahasa Cam]] yang ditulis dalam [[tulisan Brāhmī|tulisan Brahmi Selatan Kuno]]<ref>{{harvnb| O'Reilly |2014|p=18}}</ref> yang ditemui pada tahun 1936 di Đông Yen Châu, yang terletak di sebelah barat laut Trà Kiệu, tidak jauh dari ibu negara [[Campa|Kerajaan Campa]] lama di [[Indrapura, Campa|Indrapura]] (kini termasuk negara [[Vietnam]]).<ref>{{harvnb| Coedès |1968|p=48}}</ref> Batu bersurat ini ditulis dalam bentuk [[prosa]], yang merupakan batu bersurat tertua di Cam, dan menunjukkan kepercayaan [[orang Cham|orang Cam]] zaman purba di Kerajaan Campa.<ref>{{harvnb| O'Reilly |2006|pp=134–135}}</ref><ref name="Academia"/> Walaupun tidak ada tarikhnya, frasa yang digunakan menyerupai benar dengan yang digunakan pada batu bersurat bertarikh dalam bahasa Sanskrit, yang dikeluarkan oleh Raja [[Bhadravarman I]] dari dinasti kedua Campa (memerintah pada akhir abad ke-4 M).<ref>{{harvnb|Marrison|1975|pp=52–59}}</ref> Kandungan tulisan itu merupakan mantera untuk menghormati 'naga raja yang suci', yang besar kemungkinan merupakan binatang pelindung yang suci dari suatu mata air atau sumur. Penggunaan pertuturan bahasa basahan pada batu bersuartbersurat ini menunjukkan bahawa pada abad ke-4, kawasan yang kini berada di tengah Vietnam itu didiami oleh populasi ber[[bahasa-bahasa Austronesia|bahasa Austronesia]].<ref>{{harvnb| Coedès |1968|p=48}}</ref><ref>{{harvnb|Bellwood|Glover|2004|p=48}}</ref> Bukti monumen dan palaeografi juga menunjukkan bahawa [[Hinduisme]] adalah sistem kepercayaan yang dominan pada masa itu.<ref>{{harvnb| Coedès |1968|p=48}}</ref><ref>{{harvnb|Bellwood|Glover|2004|p=48}}</ref>
 
Persamaan [[tatabahasa]] dan [[perbendaharaan kata]] yang digunakan dalam tulisan ini kepada berbagai-bagai batu bersurat ber[[bahasa Melayu]],<ref>{{harvnb| Thurgood |1999|p=3}}</ref> telah menyebabkan beberapa penyelidik berpendapat bahawa peninggalan ini boleh dianggap sebagai contoh tertua dari bentuk [[bahasa Melayu Kuno]];<ref>{{harvnb|Abdul Rashid Melebek|Amat Juhari Moain |2004|p=27}}</ref><ref>{{harvnb| Abdul Rahman Al-Ahmadi |1991|p=16}}</ref><ref>{{harvnb| Arkib Negara Malaysia |2014|p=3}}</ref> yang bahkan lebih dahulu tiga abad daripada batu bersurat paling awal dari masa [[Sriwijaya]], yang terdapat di tenggara [[Sumatera]].<ref>{{harvnb| Thurgood |1999|p=3}}</ref> Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa tulisan ini ditulis dalam bahasa Cam Kuno.<ref name="Academia"/> Kesamaan tatabahasa dan perbendaharaan kata asas tidaklah mengejutkan,<ref>{{harvnb| Thurgood |1999|p=3}}</ref> kerana [[bahasa-bahasa Camik|bahasa Camik]] dan [[bahasa-bahasa Malayik|Malayik]] berkait rapat, yang keduanya adalah dua subkumpulan bahasa-bahasa Malayik-Camik,<ref>[http://www.ethnologue.com/subgroups/malayo-chamic "Malayo-Chamic", ethnologue.com]</ref> iaitu cabang [[Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia|keluarga bahasa Malayo-Polinesia]] dari [[bahasa-bahasa Austronesia|keluarga bahasa Austronesia]].