Hari Deepavali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambahbaik adjektif dan penggunaan Bahasa Melayu supaya maksud yang diberikan lebih tepat dengan versi bahasa-bahasa India.
Baris 18:
 
=== Cerita berkaitan Deepavali ===
Orang [[Hindu]] memperingati beberapa peristiwa mitossejarah penting yang berkaitan dengan Deepavali sejak kira-kira 2 juta tahun dahulu:
* '''Kembalinya Maharaja Rama ke Ayodhya''': Peristiwa ini berlaku semasa Treta Yuga, kira-kira 2 juta tahun dahulu di mana Deepavali meraikan kembalinya Maharaja [[Rama]], pemerintah negeri [[Ayodhya]], bersama ratunya [[Sita]] dan adindanya [[Lakshmana]] ke [[Ayodhya]] setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang hebat yang menyaksikan Maharaja Rama membunuh raja raksasa [[Ravana]]. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Maharaja Rama bergerak dari India Selatan (Sri Lanka) ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir [[kalendar Vikram]]. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar [[Annakut]].
* '''Keinsafan Narakasura''': Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati keinsafan[[Narakasura]] (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seorang raksasa durjana yang bijak dan berkuasa lalu menjadi takbur dan mula mencetuskan huru-hara. Akhirnya dia menemui ajal di tangan Ratu [[Satyabhama]], isteri Dewa[[Krishna]] (Maha Krishnan). Peristiwa ini berlaku di [[Dwapar Yuga|Dwapara Yuga]] beberapa ratus ribu tahun dahulu ketika [[avatar]] (jelmaan) Dewa Krishna. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Narakasura sedar akan kesalahannya lalu memohon maaf dan meminta dicucuri rahmat oleh ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar [[Bhudevi]] - ibu Narakasura), lalu meminta rakyatujelata supaya a menyambuperistiwa t insafannya dengan perayaan a berwarna-warni.