Rusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 242:
Pada abad ke-20, sebilangan jurutera aeroangkasa terkemuka Soviet yang diilhamkan oleh hasil-hasil penyelidikan [[Nikolay Yegorovich Zhukovsky|Nikolai Zhukovsky]], [[Sergei Chaplygin]] dan lain-lain, telah mereka ratusan model pesawat tentera dan awam serta menubuhkan beberapa "Biro Pembinaan" yang membentuk sebahagian besar [[Perbadanan Pesawat Bersatu]] Rusia. Antara pesawat-pesawat ciptaan Rusia yang terkenal ialah siri [[Tupolev|Tu]] kegunaan awam, pesawat pejuang [[Sukhoi|Su]] dan [[MiG]], helikopter siri [[Kamov|Ka]] dan [[Mil (helikopter)|Mi]] dan sebagainya.
 
Antara kereta kebal Rusia yang terkenal ialah [[T-34]], rekaan kereta kebal yang terhebat dalam Perang Dunia Kedua,<ref>[http://www.achtungpanzer.com/panzerkampfwagen-t-34r-soviet-t-34-in-german-service.htm Panzerkampfwagen T-34(r)] by George Parada (n.d.) ''Achtung Panzer!'' website, retrieved on 17 November 2008</ref> disusuli model-model berikutnya dalam siri T, termasuklah kereta kebal yang paling banyak dihasilkan dalam sejaran, iaitu [[T-54/55]].<ref>Halberstadt, Hans Inside the Great Tanks The Crowood Press Ltd. Wiltshire, England 1997 94–96 ISBN 1-86126-270-1: "The T-54/T-55 series is the hands down, all time most popular tank in history."</ref> [[AK-47]] dan [[AK-74]] oleh [[Mikhail Kalashnikov]] merupakan jenis [[raifal tempurgempur]] yang terlaris di seluruh dunia, hingga senapang jenis AK lebih banyak dikeluarkan berbanding jumlah semua jenis raifal tempurgempur yang lain.<ref>{{cite web|title=Weaponomics: The Economics of Small Arms|url=http://www.csae.ox.ac.uk/workingpapers/pdfs/2006-13text.pdf}}</ref>
 
Sungguhpun dengan segala pencapaian sedemikian, namun sejak akhir zaman Soviet, Rusia ketinggalan dari negara-negara Barat dalam beberapa teknologi, terutamanya yang berkenaan [[penjimatan tenaga]] dan pengeluaran [[barangan penggunaan]]. Krisis 1990-an menyebabkan sokongan kerajaan kepada sains banyak merosot dan bakat sains beramai-ramai meninggalkan negara itu. Mujurlah pada 2000-an, berkat pertumbuhan ekonomi baru, keadaan sains dan teknologi Rusia melambung kembali.