Qutub Minar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
 
Diilhamkan oleh [[Menara Jam]] di [[Afghanistan]] dan mahu mengatasinya, [[Qutb al-Din Aibak]], pemerintah Islam Delhi yang pertama, memulakan pembinaan Qutub Minar pada tahun 1193, tetapi hanya dapat menyiapkan tapaknya sahaja. Pewaris beliau, [[Iltutmish]], menambah tiga [[tingkat]] lagi dan, pada tahun 1368, [[Firuz Shah Tughluq]] membina tingkat kelima dan terakhir. Perkembangan gaya seni bina dari zaman Aibak hingga Tughluq jelas ternyata dalam menara tersebut. Seperti menara-menara terdahulu yang didirikan oleh [[Bani Ghaznawi]] dan [[Bani Ghuri]] di Afghanistan, Qutub Minar mengandungi beberapa syaf bebibir berlapis dan [[silinder]] yang dipisahkan oleh [[beranda|beranda-beranda]] yang disokong oleh [[sesangga|sangga-sangga]] [[Muqarnas]]. Menara tersebut dibina dengan menggunakan batu pasir merah berjejalur yang dihiasi dengan ukiran-ukiran rumit dan ayat-ayat [[al-Quran]].
 
Tujuan pembinaan monumen yang indah ini telah diduga sekian lama. Ia dapat memainkan peranan umum sebagai sebuah menara yang memanggil orang ramai untuk bersolat di Masjid Quwwat al-Islam, masjid terawal yang masih yang dibina oleh sultan-sultan Delhi. Kemungkinan-kemungkinan lain ialah sebagai menara kemenangan, monumen yang menandakan kehebatan Islam, atau sebagai menara pemerhati bagi pertahanan. Kontroversi juga menyelubungi asal-usul nama menara tersebut. Ramai sejarawan percaya bahawa Qutub Minar dinamakan sempena nama sultan berketurunan Turki pertama Qutb-ud-Din Aibak tetapi sejarawan lain menegaskan bahawa ia dinamakan sebagai menghormati [[Qutb al-Din Bakhtiar Kaki]], seorang wali dari [[Baghdad]] yang datang untuk tinggal di India yang amat dimuliakan oleh Iltutmish.
 
Menurut inskripsi di atas permukaannya, ia dibaikpulih oleh Firuz Shah Tughluq (1351-1388) dan Sikandar Lodi (1489-1517). Major R.Smith juga membaikpulih menara tersebut pada tahun 1829.
 
== Pautan luar ==