Alor Setar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Usernamenter (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 47:
Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu [[Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim]] yang baru siap dibina pada [[2006]] yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, melalui [[Lebuhraya Utara-Selatan]] iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Alor Setar Hutan Kampong, stesen kereta api di Pusat Bandaraya Alor Setar, stesen bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah.
 
Alor Setar merupakan tempat kelahiran [[YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]], [[Perdana Menteri Malaysia]] yang pertama dan [[Mahathir bin Mohamad|Tun Dr. Mahathir bin Mohamad]], Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang ketujuh. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.
 
Keretapi tren ETS juga melalui Alor Setar banyak membantu masyarakat Alor Setar. Perjalanan ke Pulau Pinang dan Padang Besar adalah mengambil masa 1 jam sahaja melalui keretapi berkelajuan 140-180km/j ini. Dalam tempoh 4 jam, keretapi laju ini tiba di Kuala Lumpur dan Gemas.