Isi Neraka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
k yaang ---> yang
Baris 31:
Filem ini mengisahkan tentang [[Kedatangan dan Penyebaran Islam di Nusantara|kedatangan Islam]] ke [[Tanah Melayu]] dan penerimaan penduduk setempat. Filem ini dimulakan dengan babak pengislaman [[Kesultanan Melaka|Sultan Melaka]] dan para pembesarnya di istana oleh Makhdum Syed Abdul Aziz. Selepas itu, babak bersambung di sebuah perkampungan Melayu yang penduduknya masih belum memeluk Islam tetapi mendengar perkhabaran tentang Islam di Melaka. Penduduk kampung terutama Tok Sidang meminati untuk mengetahui tentang Islam dan peraturan yang dibawanya memandangkan kampung mereka tiada peraturan khusus manakala golongan muda yang diketuai oleh Wira (lakonan [[Salleh Kamil]]) tidak menginginkannya terutamanya dalam pengharaman pemakanan [[babi]], [[kera]] dan [[tuak]].
 
Pak Kamal ([[Mustarjo]]), Kesuma ([[Saadiah]]) dan Mak Intan ([[Habsah Buang]]) merupakan orang yang paling mula-mula memasuki Islam apabila mereka pergi ke Melaka untuk berdagang. Sementara pemergian mereka, Wira, yaangyang merupakan anak kepada Pak Kamal dan Mak Intan serta abang Kesuma melakukan huru-hara di kampung sambil dibantu oleh Adi ([[Ahmad Mahmud]]) dan rakan-rakannya dengan merampas harta benda, merompak, membunuh dan melayani anak-anak gadis kampung.
 
Kepulangan Kesuma dan Mak Intan dari Melaka tanpa Pak Kamal yang sudah meninggal dunia ketika bermusafir dikhabarkan kepada penduduk kampung. Penduduk kampung mengetahui akan pengislaman mereka dan diberitahu akan kehadiran tuan guru yang akan tiba untuk mengajarkan tentang Islam tidak lama lagi. Pada masa yang sama, penduduk kampung mengadu dan mahukan pembelaan atas kezaliman yang dilakukan Wira. Mak Intan yang rasa bersalah dengan kelakuan anaknya, menggantikan barangan yang dirampas oleh Wira dengan memberikan semua barangan yang di rumahnya sehingga tiada makanan yang bersisa.