Johari Salleh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafrul (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hafrul (bincang | sumb.)
Baris 8:
Pada tahun 1983 beliau meninggalkan RTM dan menjadi Pengarah Urusan Syarikat Josal Music Sdn Bhd sehingga tahun 1986. Seterusnya beliau menjadi Pengarah Muzik Orkestra Kuala Lumpur (1987-2000) dan Perunding Muzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2001-2004). Kemudian beliau berkhidmat sebagai Felo Tamu Pusat Kebudayaan [[Universiti Kebangsaan Malaysia]] (UKM) mulai 2004 hingga 2008. Pada masa sekarang Dato’ Johari Salleh berkhidmat sebagai Felo Kanan di Pusat Perkembangan Pelajar, UKM.
 
Beliau banyak berkarya dalam bentuk muzik simfonik untuk digunakan oleh orkestra-orkestra besar seperti dari [[Sepanyol]], Orkestra Sinfoni Kebangsaan Malaysia dan Kuala Lumpur Symphony Orchestra. Beberapa karya simfoni Dato’ Johari Salleh pernah dipersembahkan oleh The New York Symphonic Ensemble, Singapore Symphony Orchestra, St.Pittersburg Philharmonic Orchestra dari Russia dan Cadaquez Symphony Orchestra. Di antara sumbangan beliau di dalam lagu-lagu tanahair adalah lagu [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]] `Bersatu Bersedia Berkhidmat' (1986)<ref>{{Cite news|url=http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/11/komposer-muzik-dedah-inspirasi-cipta-tiga-dekad-lagu-umno/ |title=Komposer muzik dedah inspirasi cipta tiga dekad lagu Umno |last= Hakim |first= Akmal |date=11 Disember 2015 |newspaper=The Rakyat Post |access-date=24 Jun 2018 |archive-url= |archive-date= |dead-url= |work= |via= }}</ref>, serta lagu-lagu komersial untuk penyanyi popular era 70-an dan 80-an seperti [[Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros|Tan Sri S.M. Salim]], Suhaili Shamsuddin, Frankie Cheah, M Rizal, Yasmin Yusuff, Herman Tino, Hanafiah Yunus, Shidee dan Rahimah Rahim.
 
Pada 9 Ogos 2010, Dato’ Johari Salleh dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kesenian) di sesi kelima Majlis Konvokesyen UKM ke-38 oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.<ref>{{Cite news|url=http://www.ukm.my/news/arkib/tahun-2010/ogos-2010/konvokesyen-ke-38-catat-sejarah-233-lulus-ph-d/ |title=Konvokesyen ke-38 catat sejarah : 233 lulus Ph.D |last= Nasir |first= Abdul Ghani |date=4 Ogos 2010 |newspaper=UKM Berita Portal |access-date=24 Jun 2018 |archive-url= |archive-date= |dead-url= |work= |via= }}</ref>
 
== Rujukan ==