Sulalatus Salatin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rajalaur (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
mak kau hijau
[[Imej: SejarahMelayu.jpg|thumb|200px|Sejarah Melayu, versi buku yang disusun oleh Cheah Boon Kheng, dengan teks Rumi oleh Abdul Rahman Haji Ismail.]]
 
'''Sulalatus Salatin''' ('''Sejarah Melayu''') merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman [[Kesultanan Melayu Melaka]] yang ditulis oleh beberapa orang pengarang [[Melayu]]. Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila ([[Portugis]]) menakluk [[Melaka]], salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.
 
== Rentetan sejarah ==
Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke [[Johor]] dari [[Kampar, Sumatera]] pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. <ref> [http://mcp.anu.edu.au/N/SM_bib.html malay concordance project.]</ref>
 
Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.
 
Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat pertama merujuk kepada [[Goa]] yang terdapat di [[India]], manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama [[Gowa]] yang terletak di [[Sulawesi]]. Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas alasan sekiranya [[Portugis]] mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, [[India]], pastinya Sejarah Melayu akan dibawa terus ke [[Eropah]] sebagai harta rampasan.
 
Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling masyhur adalah versi [[Shellabear]]. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud ([[Tun Sri Lanang]]) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan [[13 Mei]] [[1612]] agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh [[Orang Kaya Sogoh]] dari Goa/Gowa.