Panggung opera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13:
Panggung opera secara umumnya mempunyai satu kawasan yang luas untuk tempat pemain [[orkestra]] (pit orkestra); di mana sejumlah besar pemain-pemain [[orkestra]] ditempatkan di satu bahagian lebih rendah dari bahagian tempat duduk penonton. Ini dibuat agar suara nyanyian dan alat muzik tidak terganggu sebelum tiba kepada para pendengar, selain itu juga ia direka sedemikian agar para pemain tidak terganggu oleh suara-suara lantang peyanyi [[opera]].
 
Saiz sebuah [[orkestra]] untuk [[opera]] adalah berbeza-beza, namun untuk untuk kebanyakan [[opera]] dan [[oratorio]], terutamanya untuk [[muzik era romantis]], sesebuah [[orkestra]] untuk [[opera]] boleh melebihi dari 100 orang pemain muzik. Selain itu, setiap persembahan [[opera]] mempunyai ramai para pelakon, [[koir|penyanyi korus]], penari dan lain-lain. Oleh itu, kebanyakan panggung opera penting mempunyai keluasan yang amat besar untuk kemudahan-kemudahan bilik persalinan.
[[Imej:Istanabudaya.jpg|280px|thumb|Istana Budaya di Kuala Lumpur]]
Panggung opera penting di seluruh dunia kebiasaannya mempunyai pentas besar yang dilengkapi dengan mesin-mesin pengangkat berat untuk menukar set-set latar belakang dan struktur dalam pementasan [[opera]]. Di [[Metropolitan Opera]] contohnya, dalam masa yang singkat sahaja, set-set pementasan bertukar dan kadang-kala penonton dapat melihat bagaimana perubahan berlaku apabila set-set berubah atau pentas bertukar tingkat dan rupa ketika para penyanyi sedang membuat persembahan