Mohd Ali bin Mohd Rustam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Islam Al-Behairy (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Islam Al-Behairy (bincang | sumb.)
Pembetulan ejaan.
Baris 154:
Melaka telah memenuhi syarat indikator ini dengan mempelbagaikan projek pembangunan fisikal, ekonomi, insaniah dan rohaniah dengan teratur, terancang, sistematik dan seimbang meliputi semua kaum di dan bandar dan luar bandar. Melaka juga adalah salah satu negeri  yang mencatatkan kadar pengangguran, kemiskinan dan kadar jenayah yang terendah di seluruh OECD.
 
Melaka telah menetapkan dua strategi untuk mengekalkan Melaka NegaraNegeri Maju iaitu Strategi makro dan Strategi mikro. Strategi makro adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan dan menambah peluang pekerjaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang hampir 11 tahun yang lalu. Melaka juga berjaya mengekalkan kedudukan kadar pengangguran terendah di Malaysia dan seluruh negara OECD.
 
Strategi mikro pula  menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh peruntukan untuk membina baru/membaiki rumah rakyat, membantu fakir miskin melalui MAIM, membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan hampir  dan memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan. Kadar kemiskinan telah mencatatkan rekod terendah di Malaysia bahkan terendah di seluruh negara OECD.