Cinta Itu Milikku: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adna Isma (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Adna Isma (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 38:
Setiap apa yang berlaku pasti ada naik turunnya kerana jalan kehidupan seseorang itu penuh dengan liku dan ia kadang kala tidaklah seindah yang diimpikan. Itulah yang dialami oleh Rania seorang gadis yang lahir dalam sebuah keluarga elit dan berpengaruh. Walaupun mengecapi kemewahan yang diimpikan oleh setiap gadis di dunia ini namun Rania tidak dapat menikmati sebuah kebahagiaan. Apakah yang menghalang Rania untuk bahagia?
 
Drama ‘Cinta itu Milikku’ mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua Datuk Harun (Mustapha Kamal) daripada 3 orang adik beradik, bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi). Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.
 
Setelah Rania dan Zafril selamat diijab kabulkan, Dini menjadi semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membuat Zafril kembali ke pangkuannya.