Sharifah Abu Salem: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Banyak juga buku hasil penulisannya yang diadaptasi menjadi drama, seperti drama Biar Rindu Berlalu daripada novel berjudul yang sama itu, diterbitkan oleh Bright Network Sdn Bhd manakala drama Trilogi Cinta diadaptasi daripada novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.<ref>[http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2010/10/10/sharifah-abu-salem-tak-kering-idea-bikin-skrip--novel/ Sharifah Abu Salem Tak Kering Idea Bikin Skrip & Novel.]</ref>
 
Beliau yang juga merupakan Editor Kanan di [[Kumpulan Karangkraf|Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd]] itu mengakui bahawa permintaan novel untuk diadaptasi sangat tinggi. Sehingga 2010, sebanyak 14 buah novel tulisannya yang dijadikan adaptasi untuk drama. Walaupun sibuk menulis skrip, dia tetap meluangkan masa untuk menulis novel. Cuma fokus utamanya lebih diberikan kepada penulisan skrip.
 
Ini kerana dia hanya perlu menghasilkan dua buah novel dalam masa setahun jika mengikut kontraknya dengan syarikat penerbitan [[Alaf 21]]. Sharifah pernah mengikuti kursus intensif penulisan kreatif dan kewartawanan di [[Universiti Sains Malaysia]] (USM) sesi 82/83 di bawah bimbingan Dr Fatimah Busu, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.