Malaysia Airports: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jimmarvel (bincang | sumb.)
Laman baru: {{Infobox_Company | company_name = Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB)| company_logo = | company_type = Awam| foundation = 1991| location = {{flagicon|Mala...
 
Jimmarvel (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
 
'''Malaysia Airports Holding Berhad''' ({{myx|5014}}) merupakan syarikat lapangan terbang [[Malaysia]] yang menguruskan kebanyakan lapangan-lapangan terbang di Malaysia. Mereka juga diberi tugas menguruskan beberapa lapangan terbang di luar negara.
 
==Sejarah==
Malaysia Airport Berhad dikorporatkan pada tahun 1991 apabila Parlimen Malaysia meluluskan satu kertas kerja untuk mengasingkan Jabatan Penerbangan Awan (DCA) kepada dua entiti masing-masing mempunyai perspektif tugas yang berbeza. DCA masih berfungsi sebagai badan yang mengawal industri penerbangan dan lapangan terbang di Malaysia manakala entiti baru yang ditubuhkan, Malaysia Airports Berhad akan memberi lebih fokus kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang. Pada bulan November 1992, badan ini telah diberi lesen untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus lapangan terbang.
 
Syarikat pemegangnya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah dikorporatkan sebagai syarikat awam berhad pada bulan November 1999 dan telah disenaraikan dalam saham Papan Utama di Bursa Saham Kuala Lumpur dan menjadi syarikat pengurusan lapangan terbang yang pertama disenaraikan di Asia dan keenam di dunia.
 
Lapangan terbang utamanya ialah [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]]. KLIA merupakan hasil strategi bermatlamat untuk memenuhi keperluan pesawat yang lebih besar dan permintaan trafik yang akan meningkat pada abad ke 21. KLIA telah merintis penggunaan teknologi pengurusan lapangan terbang serba canggih yang dikenali sebagai ''Total Airport Management Systems'' (TAMS). Teknologi ini diuruskan oleh Malaysia Airport (technologies) Sdn Bhd yang terdiri daripada lebih 40 sistem dan fungsi lapangan terbang termasuk kawalan trafic udara, pengendalian bagasi, daftar masuk penumpang dan papan pameran maklumat penerbangan.
 
MAHB menggunakan struktur korporat yang merangkumi 10 badan subsidi; Malaysia Airports Sdn Bhd, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd, Malaysia Airports Management & Technical Services Sdn Bhd,Sepang International Circuit Sdn Bhd, Malaysia Airports (Technologies) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Properties) Sdn Bhd, KL Airport Hotel Sdn Bhd, MAB Agriculture-Horticulture Sdn Bhd dan Asia Pacific Auction Centre Sdn Bhd. Antara syarikat-syarikat yang bersekutu adalah Urusan Teknologi Wawasan Sdn Bhd, Kuala Lumpur Aviation Fuelling System Sdn Bhd, dan Cambodia Airport Management Services Limited. Kumpulan ini mempunyai jumlah kakitangan lebih 5,000 orang dalam 39 pejabat di seluruh negara.
 
MAHB juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang untuk [[Lapangan Terbang Antarabangsa Angkor]] dan [[Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh]] di [[Kemboja]] melalui kerjasama dengan Aéroports de Paris Management S.A.
 
Malaysia Airports mempunyai satu Pusat Latihan (MATC), terletak berhampiran [[Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang]]. Pusat ini dibina untuk menampung keperluan latihan semua para pegawai Malaysia Airports. MATC juga pernah digunakan sebagai pusat program berorientasikan keselamatan yang dianjurkan oleg International Civil Aviation Organisation ([[ICAO]]). Selain itu, MATC juga menyediakan khidmat pakar dari segi sekuriti dan keselamatan industri penerbangan kepada kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan.
 
==Lapangan Terbang yang Diuruskan==
Syarikat ini menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia. Antaranya ialah:
* [[Lapangan Terbang Batu Berendam]]
* [[Lapangan Terbang Bintulu]]
* [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu]]
* [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]]
* [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching]]
* [[Lapangan Terbang Labuan]]
* [[Lapangan Terbang Lahad Datu]]
* [[Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi]]
* [[Lapangan Terbang Limbang]]
* [[Lapangan Terbang Miri]]
* [[Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang]]
* [[Lapangan Terbang Sandakan]]
* [[Lapangan Terbang Sibu]]
* [[Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim]]
* [[Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah]]
* [[Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah]]
* [[Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra]]
* [[Lapangan Terbang Sultan Mahmud]]
* [[Lapangan Terbang Tawau]]
 
Selain dari Malaysia, syarikat ini juga menguruskan 4 lapangan terbang di luar negara<ref>[http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Tuesday/Nation/MAB3.xml/Article/ Malaysia Airports eyes China contract]</ref iaitu:
* [[Lapangan Terbang Antarabangsa Astana]] di [[Kazakhstan]]
* [[Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad]] di [[India]]
* [[Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi]] di [[New Delhi]], [[India]]
* [[Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen]] di [[Istanbul]], [[Turki]]
 
==Anugerah==
* Chartered Institute of Logistics and Transports Malaysia - Syarikat terbaik tahun 2007<ref>[http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Monday/Nation/tsg05.xml/Article/ Malaysia Airports wins Company of the Year Award]</ref>
 
==Rujukan==
 
{{reflist}}