Aqidah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ejakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Salleh Amin (bincang | sumb.)
Tambah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 5:
Menurut istilah ([[terminologis]]) 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau [[iman|'keimanan']] yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.
 
Pengertian aqidah dalam [[Al-Quran]] adalah keimanan kepada [[Allah|Allah SWT]] yakni mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya [[Allah|Allah SWT]] sebagai Rabb (رب), Malik (ملك), dan Ilah (إله) seperti dapat dilihat dalam [[Surah Al-Fatihah]] ayat 1, 3, 4, [[Surah An-Nas]] ayat 1, 2, 3. Berdasarkan ayat di atas, Aqidah Ahlusunnah Waljamaah mengikuti pemahaman Aqidah Imam Abu Hasan Al asyari dan Imam Al maturidi
 
Ada umat Islam yang membahagikan Tauhid kepada 3 untuk mudah difahami iaitu Uluhiyah , Rububiyah dan Asma Wa Sifat. Pembahagian ini tidak boleh dianggap bidaah seperti mana juga penyusunan rukun Islam dan rukun Iman.
 
Ada pula yang berpegang pada fahaman As Ariyah dan Maturidiyah. Fahaman yang diasaskan oleh imam Abu Hassan As-Ari dan dilengkapkan oleh Maturidi ini sebenarnya telah ditinggalkan fahaman ini oleh Abu Hassan As-Ari sendiri pada suatu ketika beliau masih hidup. Kisah beliau menanggalkan jubahnya dan meninggalkan fahaman tauhidnya ini ada tercatat dan dinukilkan oleh ramai ilmuan Islam.
 
Diantara isu perbezaan antara pembahagian tauhid kepada 3 dan fahaman Maturidi ialah tentang sifat 20. Maturidi telah menyusun 20 sifat-sifat Allah. Manakala pembahagian tauhid kepada 3 pula ada 1 bahagian yang dipanggil Aswa Wa Sifat yang bererti Nama dan sifat- sifat Allah. Semua nama-nama Allah adalah sifat Allah. Sebagai contoh Nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim , kedua ini adalah sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang. Jadi bagi yang berpegang pada Asma Wa Sifat , mereka tidak membataskan sifat Allah hanya ada 20 sifat sahaja tetapi semua nama Allah adalah sifat Allah.
 
==Aqidah Islamiyah==