Sulaiman bin Abdul Malik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 24 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q284233
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Sulaiman bin Abdul Malik''' ([[674]]-[[717]]) ialah [[khalifah]] [[Ummaiyyah]] yang memerintah dari tahun [[715]] sehingga tahun [[717]]. Ayahnya ialah [[Abdul Malik bin Marwan|Abdul al-Malik]]. Dia ialah adik kepada [[khalifah]] sebelumnya iaitu [[Khalifah]] [[Al-Walid I]].
 
Sulaiman mengambil alih tampuk pemerintahan selepas penentangan politik oleh [[Hajjaj ibn Yusuf]]. Walau bagaimanapun, Hajjaj meninggal dunia pada tahun [[714]]. Hal ini memberi peluang kepada Sulaiman untuk menghapuskan musuhnya. Antaranya ialah [[Qutaibah ibn Muslim]], [[Musa ibn Nusair]], dan [[Muhammad ibn Qasim]]. Kesemua mereka dipenjara sebelum dibunuh.
 
Semasa pemerintahannya, beliau melantik Umar ibni Abd Aziz sebagai menteri kanannya. Pada masa pemerintahan beliau, penaklukan dijalankan di kawasan pergunungan di [[Iran]]. Sulaiman juga mengarahkan supaya [[Constantinople]] diserang, tetapi serangan ini tidak membuahkan hasil. Di dalam negeri pula, beliau mengarahkan supaya perigi dibina di [[Makkah]] untuk jemaah [[haji]]. Beliau juga menguatkuasakan undang-undang wajib [[Solat|bersembahyang]]. Imej Sulaiman menjadi buruk selepas peristiwa pembunuhan tiga panglima perang terbabit.