Arianisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 9:
 
Kontroversi terhadap Arianisme mula meningkat pada akhir kurun ke-3 dan berlanjutan sepanjang sebahagian besar kurun ke-4 dan membabitkan kebanyakan anggota gereja, penganut biasa, paderi dan biarawan dan juga biskop, maharaja dan anggota keluarga diraja Rom. Pun begitu, kontroversi dalam Gereja yang sebegitu dalam tidak dapat menjelma pada kurun-kurun ke-3 dan 4 tanpa beberapa pengaruh penting sejarah yang menyediakan asas-asas doktrin golongan Arius. Kebanyakan sejarawan Kristian [[ortodoks]] atau [[aliran utama]] mentakrifkan konflik golongan Arius dan meminimakannya sebagai gagasan eksklusif Arius dan segolongan kecil biskop meta yang terlibat dalam "[[ajaran sesat (Kristian)|ajaran sesat]]". Dalam anggaran 300 orang biskop yang menghadiri [[Persidangan Pertama Nicea|Persidangan Nicea]], hanya tiga orang biskop tidak menandatangani [[Pengakuan Iman Nicea|Syahadat Nicea]].
 
Bagaimana pun, terdapat bukti bahawa pandangan berbeza yang sangat meluas mengenai sifat semula jadi al-Masih yang dipegang oleh penganut Kristian dalam Gereja Terawal. Hanya setelah perbalahan mengenai Arius mempolitikkan debat tersebut dan penyelesaian "katolik" atau umum bagi perdebatan itu dicari, dengan majoriti besar berpegang pada ajaran triniti, iaitu ajaran Arius diisytiharkan sebagai [[heterodoks]]. Yang ironinya ialah Gereja Roman Katolik mengkuduskan [[Lucian dari Antioch]] sebagai seorang pemimpin Kristian terawal yang bijaksana dan berbakat dan sebagai [[syahid]], sekalipun Lucian mengajar perkara yang amat serupa dengan apa yang dikenali kemudiannya sebagai Arianisme. Arius adalah pelajar [[Sekolah Antioch|akademi persendirian Lucian di Antioch]]. Golongan [[Ebionit]] yang berada di kalangan kumpulan Kristian terawal, juga mungkin pernah mempertahankan doktrin yang serupa yang dapat dikaitkan dengan ajaran Kristian formal Lucian dan Arius.
 
== Catatan ==