Rodzane bin Haji Mohamed: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
 
Selepas meninggalkan kumpulan tersebut, Jojet telah meneruskan kerjaya beliau sebagai pemuzik bebas yang kerap membuat persembahan di Kuala Lumpur sehinggalah pada tahun 1986, bakat beliau mula dikesan oleh dua orang pemuzik terkenal tanah air iaitu Yem Bai (pemain bass Kumpulan [[Bumiputra Rockers|BPR]]) dan Ito Blues Gang. Yem Bai dan Ito telah memperkenalkan beliau kepada kumpulan yang berasal dari Johor, '''[[Kumpulan Gersang|Gersang]]''' yang ketika itu baru sahaja berhijrah ke Kuala Lumpur dengan 3 orang anggota iaitu [[Man Bai]] (vokal), [[Hamzah bin Mohd Taib|Kid]] (gitar utama, kemudian bersama Search) & Man Greng (bass). Kebetulan, Gersang memerlukan pemain dram baharu setelah pemain dram Gersang di Johor, Razak Kerajaan tidak dapat menyertai mereka atas sebab-sebab tertentu. Tidak mengambil masa yang lama, beliau terus bersetuju untuk memulakan karier profesionalnya bersama kumpulan tersebut dan memulakan proses rakaman album pertama berjudul ''Gersang'' yang diterbitkan pada tahun 1987.
 
==Kemuncak Kerjaya==
 
===Bersama Kumpulan Gersang===
 
Bersama Kumpulan Gersang, Jojet sempat menghasilkan tiga buah album bermula dengan album ''Gersang '' yang hits dengan lagu '''Masih Aku Terasa''' pada tahun 1988.
 
Berikut kejayaan album pertama Gersang yang terjual sebanyak 90,000 unit, mereka kemudiannya menghasilkan album kedua pada tahun yang sama berjudul ''Takdir''. Sekali lagi album itu mendapat sambutan yang hangat apabila album yang hits dengan lagu '''Suratan Takdir''' mencatatkan jualan melebihi 80,000 unit.
 
Dalam album ketiga Gersang yang berjudul ''B29'', populariti mereka sedikit tercalar apabila album itu hanya mencatatkan jualan sebanyak 29,000 unit berikutan pertukaran pemain gitar utamanya pada ketika itu. Namun itu tidak mematahkan semangat Jojet dan anggota lain, sebaliknya berusaha untuk naik semula dengan memulakan proses rakaman album keempat. Malangnya semasa mereka membuat persiapan untuk menghasilkan album keempat, Man Bai telah menghidap penyakit tonsil yang serius sehingga menyebabkan proses rakaman tergendala. Hal ini telah membawa kepada pembubaran kumpulan Gersang dan kesemua anggotanya membawa haluan masing-masing.
 
===Selepas Era Gersang===
 
Bakat dan nama beliau sebagai pemain dram semakin terserlah dan melonjak kegemilangan apabila beliau menyertai kumpulan Wings pada tahun 1991 hingga 1994. Namun beliau mengambil keputusan untuk keluar dari Wings atas masalah-masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sesudah itu beliau menjadi pemuzik undangan (Dram) [[Ahmad Azhar bin Othman|Awie]] dan menyertai kumpulan Dragon Malaya pada tahun 2000. Beliau pernah membintangi sebagai pelakon tambahan antaranya filem [[Pemburu Bayang]], [[Putera (filem)|Putera]], [[Sembilu II|Sembilu 2]], [[Tragedi Oktober]], [[Merah (filem)|Merah]], [[Nafas Cinta]] dan [[Bara (filem)|Bara]]. Selepas itu Jojet lama tidak menampilkan diri di dalam seni. Beliau kini kembali aktif bersama kumpulan asalnya, Gersang selain beliau mempunyai perniagaan sendiri.