Tentera Udara Diraja Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 117:
Syarikat pertahanan Russia iaitu Rosoboronexport dan [[AIROD]] mengumumkan pembekalan 10 buah helikopter [[Mi-171]]Sh ([[Mi-8]]AMTSh) bernilai AS$120 juta, untuk kegunaan dalam peranan [[mencari dan menyelamat tempur]] (CSAR) untuk menyokong penggunaan helikopter Sikorsky [[Sikorsky S-61|S-61A4A Nuri]] dalam peranan tersebut. Ada kemungkinan pembelian ini akan melibatkan penambahan 39 buah helikopter [[Mi-171]] di masa-masa akan datang. Selain Rosoboronexport, TUDM turut mencalonkan [[Eurocopter]] sebagai sandaran untuk perolehan produk tersebut pada masa akan datang.
 
Pembelian helikopter tempur masih belum diumumkan, walaupun TUDM memberikan pertimbangan pembelian [[Denel Rooivalk]] dan juga helikopter [[Agusta A109]] yang dipasangkan senjata. Pada [[18 Julai]] [[2006]], Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman pembelian 8 buah pesawat Aermacchi [[MB-339CD|MB-339CM]] sebagai tambahan kepada pesawat [[MB-339A]] yang kian berumur. Rancangan pembelian pesawat [[MB-339A]] dari [[Tentera Udara Diraja New Zealand]] dibatalkan.
 
Pada September 2008, kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan bahawa Eurocopter berjaya memenangi kontrak bagi pembekalan 12 unit helikopter Eurocopter EC 725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang bakal ditamatkan perkhidmatannya dalam TUDM. Tidak menolak kemungkinan bahawa TUDM bakal membuat penambahan helikopter dari Perancis ini untuk dimasa yang akan datang yang mana ianya merupakan pesawat yang berpotensi besar dalam tugas operasi tempur, cari dan menyelamat malahan setanding mahupun lebih baik dari [[Mil-171]] atau pesawat Nuri sendiri.