Ruud Gullit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 78:
Walau bagaimanapun, Gullit menjadi salah satu tonggak utama Belanda yang membantu pasukannya bergelar juara dalam kejohanan [[UEFA Euro 1988|Euro 1988]] di bawah kendalian [[Rinus Michels]]. Selepas menewaskan tuan rumah [[pasukan bola sepak kebangsaan Jerman Barat|Jerman Barat]] 2-1 di [[Hamburg]] pada separuh akhir, Belanda bertemu [[pasukan bola sepak kebangsaan Kesatuan Soviet|Soviet]] pada pusingan akhir. Gullit menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan menarik sebelum [[Marco van Basten]] menjaringkan gol voli untuk membantu Belanda membenam Soviet 2-0.
 
Belanda menjadi salah satu pasukan pilihan dalam aksi [[Piala Dunia FIFA 1990|Piala Dunia 1990]] tetapi pasukan ini gagal daripada yang diharapkan. Kecederaan lutut Gullit menghalangnya untkuntuk terus bermain. Namun, Gullit dapat menjaringkan gol pada kejohanan itu ketika menentang [[pasukan bola sepak kebangsaan Republik Ireland|Republik Ireland]] dan membantu pasukannya untuk maar ke pusingan kedua. Mereka sekali lagi bertemu Jerman Barat dan salah satu perlawanan tidak akan dilupakan. Ia diikuti kekecohan antara [[Frank Rijkaard]] dan [[Rudi Völler]]. Pasukan Jerman menebus kembali dendamnya atas kekalahan dua tahun lalu dengan membenam Belanda 2-1 sebelum dinobatkan sebagai juara dunia.
 
Pada kejohanan [[UEFA Euro 1992|Euro 1992]], Belanda sekali lagi dilihat pasukan pilihan. Gullit mempamerkan aksi menarik dengan melakukan hantaran kepada [[Dennis Bergkamp]] untuk menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan menentang [[pasukan bola sepak kebangsaan Scotland|Scotland]]. Selepas seri bertemu [[pasukan bola sepak kebangsaan Rusia|Rusia]] dan menewaskan Jerman, Belanda dikejutkan [[pasukan bola sepak kebangsaan Denmark|Denmark]] pada pusingan kedua lalu Denmark menjadi juara Eropah.