Tuanku Abdul Rahman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hussein65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hussein65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
== Riwayat hidup ==
Diputerakan di [[Seri Menanti]], [[Negeri Sembilan]], Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun [[1907]]. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan [[Sekolah Menengah]] di [[Maktab Melayu Kuala Kangsar]] selama tujuh tahun sehingga tahun [[1914]].
[[Fail:YDP Agong Malaysia pertama.jpg|right|thumb| [[Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad|Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad]] Bersamabersama Dengandengan Permaisuri Bagindabaginda, [[Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin|Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Tuanku Besar Burhanuddin]]
]]
 
Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]]. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di [[Seremban]]. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.
 
Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di [[Hulu Selangor]]. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.
 
Titik perubahan dalam kerjaya baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di [[Kuala Lumpur]]. Kemudian, baginda mengiringi paduka ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bercemar duli melawat [[United Kingdom]] untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi Raja [[George V]].
Baris 28:
Dalam perjalanan ke [[United Kingdom]], baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat limpah perkenan [[Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah|Tuanku Muhammad]], ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang pada tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara '''Tuanku Abdul Rahman''' dengan [[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj|Tunku Abdul Rahman]] pada ketika itu. Tunku Abdul Rahman ialah adinda kepada besan Tuanku Abdul Rahman.
 
Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Bagindabaginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.
 
Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum berputera seorang putera, D.Y.M.M. [[Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tuanku Munawir]], [[Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]] yang ke-9. Cik Engku Maimunah berputera dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Baginda [[Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tuanku Ja'afar]] ialah putera kedua manakala [[Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tunku Abdullah]] ialah putera ketiga.
 
Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.
 
==Yang di-Pertuan Besar (1933 - 1957)==