Jurnal Suraya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Peminat Drama03 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
IslamBro (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 26:
Mengisahkan ketabahan Suraya ([[Nad Zainal]]) dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap Leukimia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan senasib dengannya.
 
Selain rakan-rakannya, Alif ([[Johan As’ariAs'ari]]) yang menghidap kanser tulang tahap tiga turut mengagumi wanita itu dalam diam. Perhubungan antara Suraya dan Alif pada awalnya terbatas sebagai rakan karib sahaja kerana bapa Suraya, Datuk Hisham ([[Khairil Anwar]]) mahu mengahwinkan Suraya dengan Imran ([[Ryzal Jaafar]]).
 
Namun, Imran mempunyai niat tersembunyi disebalik kesungguhannya untuk menikahi Suraya, iaitu untuk membolot harta keluarga Suraya. Bagaimanapun, lakonan Imran dapat dihidu oleh Suraya kerana Suraya tahu sikap sebenar Imran yang suka berfoya-foya di kelab malam.