Pujaan Hati Kanda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Peminat Drama03 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Kyra Zahirah (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 36:
==Sinopsis==
 
Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.
Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahu Megat Danish @ Danny ([[Remy Ishak]]). Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.
  
Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.
 
Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi
"Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru." - '''Gadis Misteri'''
 
Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya, Nadine ([[Sarah Hildebrand]]) enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai.
 
Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan gadis bernama Tiara ([[Mira Filzah]]). Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.
 
“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- '''Tiara'''
 
Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.
 
“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - '''Danny'''
 
Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.
 
Jika dahulu dia digelar lelaki mata keranjang bergred A+, dikejar dan dipuja ramai gadis. Kini, pesonanya masih hebat. Dia kembali dikejar tiga gadis, Tiara, Nadine si calon isteri dan juga si gadis misteri.
 
Ketiga-tiganya punya karakter dan sikap yang berbeza. Namun ketiga-tiga juga punya alasan kuat untuk mengikat dirinya dengan ikatan perkahwinan. Hendak atau tidak, dia terpaksa memilih antara rasa simpati, tanggungjawab dan juga cinta.
 
Kini manakah menjadi keutamaan seorang lelaki yang kini sudah kembali ke pangkal jalan?
 
==Pelakon==