Harry Potter and the Half-Blood Prince: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MuhdAliffHaziq (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
MuhdAliffHaziq (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
Slughorn hanya memerlukan para pelajarnya untuk mendapat gred minimum 'Melebihi Jangkaan' bagi P.S.B mereka sahaja untuk diterima masuk ke kelas beliau andaikata mereka ingin meneruskan subjek ini ke peringkat [[U.S.S.M]] yang membolehkan Harry dan Ron boleh meneruskan cita-cita mereka untuk menjadi seorang Auror. Slughorn telah meminjamkan salinan buku posyen lama kepada Harry dan Ron kerana mereka masih belum mempunyai buku yang baru. Buku yang diterima Harry mempunyai coretan di bahagian bawah kulit buku ini iaitu "Buku Ini Hak Milik Putera Berdarah Kacukan". Pemilik buku ini yang berbakat telah membantu Harry untuk menjadi pelajar yang terbaik di dalam kelas posyen mereka, namun identiti "Putera Berdarah Kacukan" masih belum diketahui. Sebagai hadiah kerana persembahan Harry yang menakjubkan dalam kelas Posyen, Slughorn telah menghadiahkan beliau sebotol kecil Felix Felicis, iaitu posyen bernasib baik.
 
=== Perak dan Baiduri (Silver & Opals)===
=== Next ===
Serangan Death Eater masih berterusan sepanjang tahun itu dan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan Hogwarts. Semasa lawatan pertama ke [[Hogsmeade]] bagi tahun itu, [[Katie Bell]], seorang pelajar [[Gryffindor]] telah mendapat kecederaan yang teruk akibat membawa sebuah rantai baiduri yang disumpah semasa beliau dikenakan dengan [[Sihir dalam Harry Potter#Imperio (Sumpahan Imperius)|Sumpahan Imeperius]]. Di dalam kejadian lain, Ron secara tidak sengaja telah terminum mead beracun yang sebenarnya ditujukan kepada Dumbledore. Harry telah membantu memulihkan Ron dengan memasukkan Bezoar ke anak tekak Ron. Sementara itu Hermione pula telah bergaduh dengan Ron kerana Ron telah mendapat tahu bahawa Hermione pernah bercium bersama [[Viktor Krum]] dua tahun sebelum itu apabila adiknya Ginny telah memecahkan rahsia itu. Hal ini menyebabkan Ron secara sengaja keluar berpacaran dengan [[Lavender Brown]] dengan tujuan untu menyakitkan hati Hermione. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berbaik-baik semula yang lantas menyebabkan Ron memutuskan perhubungannya dengan Lavender. Harry pula kini sedar akan perasaanya terhadap Ginny sungguhpun ketika itu Ginny sedang berpacaran bersama [[Dean Thomas]].