Sultan Muhammad IV: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 26:
}}
 
'''Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III''' atau '''Tuan Long Senik''' ialah putera [[Sultan Muhammad III|Long Kundur]] (Sultan Muhammad III). Baginda diputerakan pada 23 Mei 1870 oleh ibundanyaBondanya, Tengku Ampuan Kelantan Tengku Sofia binti Raja Long Putih [[Pattani]]. Baginda dilantik menjadi Tengku Sri Indra Mahkota pada tahun 1890 dan seterusnya ke jawatan Raja Muda Kelantan pada 25 Julai 1898 oleh ayahanda saudaranya, Sultan Mansur. Baginda telah menaiki takhta pada tahun 1900 <ref>Shahril Talib, 2003, ms 43</ref> menggantikan ayahanda saudaranya dengan gelaran Raja dan Yang Di-Pertuan Kelantan tetapi hanya mula memakai gelaran [[Sultan]], pada tahun 1910, setelah menandatangani perjanjian dengan [[British]] untuk mengiktiraf baginda sebagai [[Sultan Kelantan]] dengan syarat baginda menerima Penasihat British.<ref>The Encyclopedia of Malaysia: Early Modern History (1800-1940), ms 93.</ref>. Baginda memerintah sehingga tahun 1920.<ref>The Encyclopedia of Malaysia: Early Modern History (1800-1940), ms 93.</ref>.
 
Dalam zaman pemerintahan baginda [[Kelantan]] mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang rohani dan jasmani yang menuju kearah permodenan, dengan sistem pemerintahan yang lebih demokrasi, kemas dan teratur dengan pembukaan pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah yang menjadi asas yang kukuh untuk Kelantan berkembang maju di zaman-zaman berikutnya.