Bara (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
Pada suatu hari, ketika Arni pulang dari kerja, Amri tiba-tiba masuk dalam kereta dan meminta pertolongan daripadanya. Pada mulanya Arni takut kerana bimbang diapa-apakan tetapi selepas dipujuk, Arni akhirnya bersetuju untuk memberikan pertolongan dengan memberikan Amri perlindungan sementara di rumah lama Arni yang sudah terbiar sejak setahun lalu.
 
Tindakan Arni menolong Amri menyebabkan hubungannya dengan Ziman menjadi dingin dan mereka sering bertengkar setiap kali berjumpa. Ziman yang berasa curiga dengan tindakan Arni telah mengekori Arni sehingga ke rumah lama Arni yang didiami oleh Amri. Ziman berasa sangat marah kerana menyangka Arni curang kepadanya dengan melakukan hubungan dengan Amri. Ziman yang menuduh Amri sebagai pembunuh Effa dan cuba merampas Arni darinya memaksa Amri menyerah diri kerana dia sedahsudah menghubungi polis. Tindakan melulu Ziman telah menyebabkan Amri berang dan membelasah Ziman kerana tidak melindungi kawan baik sendiri ketika dalam kesusahan. Namun begitu, Arni menghalang Amri daripada terus membelasah Ziman sehinggalah Amri melarikan diri apabila terdengar bunyi siren kereta polis.
 
Amri kemudiannya pergi ke sarang pelacuran dan telah bertarung dengan Ah Boon dalam usahanya untuk menjejaki Carlos. Dalam pertarungan tersebut, Ah Boon cuba untuk membunuh Amri dengan membaling pisau ke arahnya namun terkena pada perut Zety seterusnya mati di tempat kejadian. Amri yang terselamat daripada serangan tersebut terus membelasah Ah Boon sehingga rebah dan berjaya memaksanya untuk memberitahu di mana Carlos berada. Amri kemudiannya menelefon Arni untuk memberitahu Ziman supaya mencari mayatnya di Sun Complex Bukit Bintang sekiranya tidak pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.