Bandar Raya Salt Lake: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Reyzadren (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox settlement |official_name = Salt Lake City, Utah <br /> ''Bandar Tasik Garam'' |website = http://www.slcgov.com/ |image_skyline = |image = Salt La...'
 
Reyzadren (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 24:
<b>Bandar Tasik Garam</b> ialah ibu negeri [[Utah]], [[Amerika Syarikat]] dan merupakan bandarnya yang mempunyai paling banyak penduduk.
 
Sebelum pendiaman ahli gereja [[Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir|LDS]], golongan puak Shoshone, Ute dan Paiute telahpun mendiami Lembah Tasik Garam sejak beberapa ribu tahun. Bandar Tasik Garam mempunyai keluasan 286km<sup>2</sup> dan purata ketinggiannya ialah 1319m atas paras laut. Berdasarkan anggaran daripada Jabatan Bancian AS, pada tahun 2016, terdapat 193744 orang penduduk yang mendiami Bandar Tasik Garam.<ref>{{cite web|url=https://www.census.gov/quickfacts/fact/table/saltlakecitycityutah/PST045216|title=U.S. Census Bureau QuickFacts|publisher=U.S. Census Bureau|accessdate=April 28, 2018}}</ref> Ekonomi moden Bandar Tasik Garam berteraskan perkhidmatan, dan bandar ini dikenali sebagai "Persimpangan Barat" atas sejarahnya dengan landasan kereta api, yakni pada masa itu, operasi besi, perlombongan dan landasannya merupakan sumber pendapatan besar dengan Lombong Raja Perak, Besi Geneva, Lombong Ngarai Bingham dan loji pemprosesan minyak.
 
Bandar Tasik Garam dan Bangunan Negara menjadi tempat pentadbiran kerajaan bandar sejak tahun 1894. Pada tahun 1847, pengembara Jane Dillworth memulakan kelas pertama dalam khemahnya untuk anak keluarga LDS yang terawal. Bandar Tasik Garam ialah kawasan utama Gereja LDS dan banyak kawasan yang berkaitan dengan LDS terbuka kepada pengunjung. Sukan musim sejuk seperti sukan ski dan papan luncur salji merupakan aktiviti terkenal di Gunung Wasatch di bahagian timur Bandar Tasik Garam.