Kabong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baiki
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Daerah kecil Kabong''' terletak di bawah pentadbiran Daerah [[Saratok]], [[Bahagian Betong]], [[Sarawak]]. Pekan Kabong mempunyai lokasi yang strategik dan berpotensi mempunyai prospek menjadi sebuah pusat perdagangan yang berperanan sebagai pusat agihan kepada kawasan sekitarnya, kerana pekan ini terletak di [[Muara Batang Krian]] dan boleh menjadi pelabuhan persinggahan utama.
 
Keluasan Daerah Kecil Kabong adalah 398.14 kilometer persegi.<ref>[http://www.saratokdc.sarawak.gov.my/daerah%20pentadbiran.html Daerah Pentadbiran] Majlis Daerah Saratok</ref> Jaraknya dari Saratok ialah 63 km sementara dari Sarikei 85 km. Kawasan ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Pengangkutan utama penduduk persekitarannya adalah menggunakan bas, van persendirian atau kereta persendirian. Daerah Kecil Kabong pada keseluruhannya mempunyai [[rumah panjang]] ([[Iban]]) sebanyak 26 buah dan [[kampung]] [[orang Melayu|Melayu]] 27 buah. Jumlah penduduknya seramai 13,494 orang pada 2004, di mana 80% daripadanya adalah orang Melayu dan 17% pula orang Iban.<ref>[http://www.saratokdc.sarawak.gov.my/populasi.html Populasi] Majlis Daerah Saratok</ref>