Awang Gerudi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sixday7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Sixday7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35:
 
'''''Awang Gerudi''''' ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2018 arahan [[Z. Lokman]] yang mula ditayangkan pada 27 Disember 2018.<ref>{{cite web|url=https://www.budiey.com/sinopsis-filem-awang-gerudi|title=Sinopsis Filem Awang Gerudi|date=27 November 2018|publisher=Budiey}}</ref>
 
== Sinopsis ==
Dalam kilang makanan halal, Awang dipanggil oleh bosnya En. Tapa kerana salah laku dalam mengutip hutang. Awang telah memukul Pak Mahmud hingga terseliuh leher. Awang dibuang kerja. Tetapi Eda, anak gadis En. Tapa merayu pada ayahnya supaya menarik balik surat berhenti Awang. Rayuan Eda diterima.
 
Ibu Awang yang telah menjanda ada menyimpan barang antik berharga iaitu Gerudi Emas. Sebilah lagi dibawa pergi oleh ayah Awang entah ke mana. Gerudi Emas tidak boleh dijual kerana barang warisan yang tidak ada surat ‘bon’.
 
Percintaan Awang dan Eda berjalan lancar. Ina Inul datang mengganggu dengan dendamnya kerana Awang pernah pukul gerudi pada ayahnya Pak Mahmud dan pengikutnya juga aktif dalam pengedaran dadah.
 
Ina Inul yang pakar dalam tarian gerudi berdepan dengan Awang Gerudi yang kesudahannya membawa bencana kepada keluarga Ina Inul.
 
Awang dan Eda dihantar oleh En. Tapa ke Lumut untuk membeli kilang makanan Tuan Amran yang terbengkalai. Awang mula menyiasat latar belakang kilang dan Tuan Amran. Didapati Tuan Amran seorang yang licik dalam mengendalikan kerja-kerja haram.
 
Dia juga mempunyai Gerudi Emas. Sesudah diselidik tahulah Awang yang Gerudi Emas itu kepunyaan arwah ayahnya yang mati dibunuh oleh Tuan Amran dalam satu peristiwa beli membeli.
 
Awang terpaksa mendapatkan Gerudi Emas itu semula. Berbagai peristiwa berlaku. Akhirnya tembelang Tuan Amran pecah. Tuan Amran tewas dalam pertarungan. Gerudi Emas ibu dan Gerudi Emas arwah ayahnya digandingkan.
 
== Rujukan ==