Safura Ya'cob: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sixday7 (bincang | sumb.)
Sixday7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
'''Safura binti Ya'cob''' (lahir 25 Februari 1973) adalah seorang penyanyi, pelakon dan usahawan wanita [[Malaysia]]. Beliau merakamkan album yang pertama pada usia 24 tahun menerusi album ''Sedalam Mana Cintamu'' pada tahun 1997.<ref>{{cite web|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/05/419974/suami-tak-sanggup-dengar-safura-dikritik|title=Suami tak sanggup dengar Safura dikritik|date=2 Mei 2018|publisher=Berita Harian}}</ref>
 
==Kerjaya ==
===Nyanyian===
Pada awal 1990an, Safura mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sebagai penyanyi di kelab malam. Hanya pada tahun 1996 beliau mula diikat kontrak oleh BMG Music Malaysia sebagai penyanyi rakaman. Album ''Sedalam Mana Cintamu'' terbitan komposer LY menerima nominasi di [[Anugerah Industri Muzik ke-5]] untuk kategori [[Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM)]] dan juga Artis Baru Terbaik. Album itu menjadi hits dan disinambungkan menerusi album susulan berjudul ''Mencari Mahligai'' pada tahun 1998. Pada era penghujung 1990an, beliau mempunyai beberapa buah lagu yang menduduki kedudukan nombor satu carta muzik seperti ''Sedalam Mana Cintamu'', ''Rinduku Semakin Kuat'', ''Jangan Menangis Sayang'', ''Andang Cintaku Menyala'' dan ''Dian Asmara''. Ketika itu beliau membawakan muzik pop melayu yang mendayu-dayu ciptaan komposer Eddie Hamid. Kerjaya nyanyiannya menjadi pudar apabila beliau tidak lagi berpeluang merakam lagu-lagu baharu setelah tamat kontrak bersama BMG.
 
==Kejaya Lakonan==
Pada tahun 2001 beliau mencuba bakat sebagai pelakon menerusi pementasan ''Ronggeng Rokiah''. Beliau membawakan watak sebagai penari joget bernama Rokiah dan mendapat perhatian ramai. Pada tahun 2003, setelah tamat kontrak bersama BMG, beliau meneruskan karier sebagai pelakon. Lakonan beliau yang pertama adalah menerusi drama bersiri ''Persatuan Isteri Isteri Tua'' di RTM2. Puncak kejayaannya sebagai pelakon adalah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di [[Anugerah Skrin]] dan [[Anugerah Sri Angkasa]] pada tahun 2006 menerusi watak pelacur dalam drama ''Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan''. Pada tahun 2010 beliau membuat persembahan dalam teater muzikal ''Terima Kasih Cinta''.
 
==Peribadi==
Safura adalah seorang ibu tunggal ketika mula menceburi bidang seni, kemudian beliau berkahwin dengan penyanyi utama kumpulan KOOL, Hairie Yaacob pada 1998 dan dikurniakan anak keduanya. Pada tahun 2001 keduanya berpisah dan membawa haluan sendiri. Pada tahun 2005, Safura bernikah dengan pelakon Sahronizam Noor dan menerusi perkahwinan ini beliau dikurniakan dua orang anak (seorang daripadanya meninggal dunia selepas beberapa hari dilahirkan).
 
Safura terkenal sebagai seorang artis yang lantang bersuara. Beliau pernah menyaman penyanyi dangdut [[Ifa Raziah]] pada tahun 1998 kerana didakwa memfitnahnya sebagai punca penyanyi dangdut itu terkena [[buatan orang]]. Kes tersebut selesai selepas lapan tahun.
 
Safura mula membuat penampilan bertudung litup pada tahun 2008 ketika muncul dalam drama terbitan pelakon komedi [[Sheila Rusly]].
 
==Diskografi==
Baris 183 ⟶ 194:
|-
|}
 
==Filemografi==
===Telefilem===
* ''Lukisan Kasih'' (2013)
 
==Rujukan==