Vanila Coklat (drama): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yabedabedu1 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yabedabedu1 (bincang | sumb.)
Baris 51:
Drama ini memiliki 13 episod dan ia ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula pada 20 Disember 2011 setiap Selasa jam 9.00 malam. Drama bersiri ini diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe, skrip ditulis oleh Panel AMC dan diterbitkan oleh Asia Media Content.
 
==Sinopsis Vanila Coklat==
Drama Vanila Coklat mengisahkanMengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Pada permulaan cerita, Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.
 
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.