'''''Aksi''''' ialah sebuah slot siri drama berbahasa[[Bahasa Melayu]] yang tertumpu pada genre [[Genre aksi|aksi]] dan [[cereka sains]] di [[TV3]]. Slot ini disiarkan di bawah jenama ini pada setiap Isnin jam 9.00 malam hingga 10.00 malam mulai 5 Februari 2007, tetapi bukan semua drama dalam slot ini bernaung di bawah jenama Aksi kerana jenama itu dilucutkan sekali-sekala untuk membuka laluan kepada drama yang tidak bergenre sedemikian.
Pada tahun 2014, drama-drama di Slot Aksi bersiaran pada setiap hari Selasa jam 10.00 malam. Kini, slot ini akan tayangan pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam (drama sebelum / selepas slot [[Samarinda]]). Slot Aksi ditamatkan pada Ogos 2016.