Initial D: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syden (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syden (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 91:
 
Kisah ini berkisar sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tofu dengan menghantar tofu setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX milik ayahnya. Kemudiannya didedahkan bahawa Takumi memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, sebelum memperoleh lesen memandu. Ini menyebabkan skil pemanduannya dalam perlumbaan jalan bukit menjadi tajam, yang mana beliau mampu memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.
 
'''Peringkat Pertama'''
 
Cerita ini bermula dengan pasukan pelumba jalanan Red Suns, sebuah pasukan dari Gunung Akagi, tiba untuk mencabar pasukan tempatan Akina Speed Stars dalam satu perlumbaan "persahabatan". Selepas melihat pasukan Red Suns mempunyai skil yang tinggi, pasukan Speed Stars menganggapnya sebagai perlumbaan untuk mempertahankan maruah, dan berazam tidak akan dimalukan di laman sendiri. Bagaimanapun, Speed Stars berada dalam dilema kemudiannya apabila ketua pasukan mereka dan pemandu utama turun bukit Iketani terlibat dalam kemalangan ketika latihan.
 
Iketani kemudiannya mengetahui daripada Yuuichi, pengurus stesen gas tempatnya bekerja, yang menyatakan kereta terpantas di jalan turun-bukit Akina merupakan sebuah AE86 berwarna panda hitam-putih milik seorang pembuat tofu. Iketani kemudiannya menemui kereta tersebut di sebuah kedai tofu tempatan, dan mengetahui bahawa pemilik kedai tersebut, Bunta Fujiwara merupakan seorang bekas pelumba jalanan dengan reputasi tinggi ketika usia mudanya. Iketani merayu kepada lelaki tua tersebut untuk menggantikan tempatnya berlumba dengan Red Suns, dan yakin bahawa Bunta akan datang untuk menyelamatkan keadaan. Bagaimanapun, apabila tiba waktu perlumbaan, Takumi muncul dengan kereta AE86 ayahnya. Walaupun agak ragu-ragu pada awalnya, Iketani akhirnya membenarkan Takumi berlumba setelah Takumi membuat pendedahan bahawa dialah "Hantu Pergunungan Akina", yang memintas Keisuke ketika menjalankan rutin menghantar tofu. Takumi kemudiannya menewaskan Keisuke Takahashi yang menggunakan kereta Mazda RX-7 FD3S, menyebabkan kejutan di kalangan komuniti pelumba tempatan dan mengakhiri rekod kemenangan Red Suns.
 
{{Stub Anime}}