Sistem metrik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
k Alexander Iskandar telah memindahkan laman Sistem Metrik ke Sistem metrik melalui lencongan
Cherkash (bincang | sumb.)
png->svg
Baris 1:
'''Sistem metrik''' adalah [[sistem ukuran]] perpuluhan berasaskan [[meter]] dan [[gram]]. Ia wujud dalam beberapa variasi, dengan perbezaan pilihan unit ukuran asas, walaupun ia tidak memberi kesan pada kegunaan seharian. Selama dua abad kebelakangan, variasi berlainan telah dianggap sebagai sistem metrik. Semenjak [[1960-an]] [[Sistem Unit Antarabangsa|Sistem Unit Antarabangsa (SI)]] ("''Système International d'Unités''" dalam [[bahasa Perancis]], dengan itu "SI") telah menjadi sistem metrik piawaian yang diterimapakai secara antarabangsa. Unit metrik bagi jisim, panjang, dan eletrik digunakan secara meluas bagi kegunaan harian dan kegunaan saintifik. ia digunakan secara meluas di seluruh dunia kecuali di [[Britain]] dan [[Amerika Syarikat]]. Di [[Malaysia]], sistem ini mula diperkenalkan pada [[1 Januari]] [[1982]] oleh kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun [[Sistem Imperial]] yang sedia ada masih kekal digunapakai hingga kini.
 
[[Fail:Metric system adoption map.pngsvg|thumb|right|350px|Negara dengan sistem bukan metrik.]]
Salah satu matlamat sistem metrik adalah bagi mengadakan satu unit tunggal bagi sebarang kuantiti fizikal. Semua panjang dan jarak, sebagai contohnya, diukur dalam meter, atau seperibu meter (milimeter), atau ribu meter (kilometer), dan sebagainya. Tidak terdapat banyak unit berlainan dengan faktor penukaran yang berlainan, seperti [[inci]], [[kaki (ukuran)|kaki]], [[ela]], [[fatom]], [[pol]], [[rantai (ukuran)|rantai]], [[furlong]], [[batu (ukuran)|batu]], [[batu nautika]], [[farsakh]], dll. Peningkatan dan pengurangan berkait dengan unit asas melalui pendaraban kuasa sepuluh, dengan itu seseorang boleh menukar hanya dengan mengalih tanda perpuluhan: 1.234 meter adalah 1234 milimeter, 0.001234 kilometer, dll. Penggunaan pembahagian (''fraction''), seperti 2/5 meter, tidak dilarang tetapi tidak biasa digunakan.