Wikipedia:Laku musnah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
x
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
x
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 5:
x
 
x
== Jenis laku musnah ==
Bentuk laku musnah yang paling biasa di Wikipedia adalah seperti berikut:
===Memadamkan===
Pemadaman kesemua rencana ataupun sebahagiannya yang utama (kekadang menggantikan kandungan yang dipadam dengan bahan-bahan yang tidak senonoh) merupakan suntingan laku musnah yang biasa.
===[[Wikipedia:Spam|Spam]]===
Mencipta pautan luar yang tidak sesuai untuk iklan dan/atau untuk mempromosi sendiri.
===BotLakuMusnah===
Penggunaan [[Wikipedia:Bot|skrip atau "robot"]] untuk mencuba melaku musnah ataupun mengespamkan ''amat banyak'' rencana (beratus-ratus atau beribu-ribu) dengan pemadaman, ataupun penciptaan pautan komersil. Lagi sejenis BotLakuMusnah kelihatan mendaftar diri berulang kali melalui nama rawak yang berbilang untuk melaku musnah rencana.
===Laku musnah kebudak-budakan===
[http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Dog&diff=9829910&oldid=9829151 Memasukkan grafiti] atau [http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Greenland&diff=7172688&oldid=7172681 memadam halaman]. ([[User:Anilocra/Weird female athlete vandal|Pelaku musnah seperti bekas pengguna "Penunggang basikal wanita"]] merupakan sebuah contoh jenis ini.) Sila perhatikan bahawa versi Wikipedia bahasa Inggeris untuk halaman ini telah berulang kali [http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Wikipedia:Vandalism&oldid=15034579 dipadam oleh pelaku musnah] sejak 11 Jun 2005.
===Laku musnah yang mengarut===
Pelaku musnah kekadangnya akan mencipta [[Wikipedia:Jenaka dan bahan-bahan lain yang mengarut|rencana jenaka]] atau menggantikan rencana dengan bahan-bahan karut yang kelihatan munasabah, atau memasukkan [http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=World_Bank_Group&diff=19098621&oldid=19098470 jenaka yang bukan-bukan] kepada rencana. Portal yang lebih sesuai untuk kandungan yang semata-mata bersifat jenaka ataupun karut ialah [http://uncyclopedia.org Uncyclopedia] ataupun [[WP:BJAODN]].
===Laku musnah yang licik===
Laku musnah ini lebih susah dikesan. Ia terdiri daripada pemasukan maklumat salah, 'pembetulan' menaip, penggantian tarikh, dan lain-lain yang kelihatan munasabah. Memasukkan maklumat yang jelas menipu dan dengan sengaja mengelirukan sidang dengan dakwaan yang direka-reka, bohong dan tidak sahih boleh dianggap sebagai laku musnah licik.
===Laku musnah untuk menarik perhatian===
Penggunaan hinaan dan nama pengguna yang kesat, menggantikan rencana dengan jenaka, dan sebagainya. (sila lihat juga: [[Wikipedia:Bidasan peribadi tidak diizinkan]]).
===Laku musnah pada halaman pengguna===
Memasukkan hinaan, bahan-bahan yang tidak senonoh dan sebagainya ke dalam [[Wikipedia:Halaman pengguna|halaman pengguna]] (sila lihat juga: [[Wikipedia:Bidasan peribadi tidak diizinkan]]).
===Laku musnah imej===
Muat naik imej yang bersifat provokatif, memasukkan pesanan politik, membuat GIF animasi yang berniat jahat, dan sebagainya. Mengulangi pemuatnaikan imej tanpa sumber dan/ataupun maklumat pelesenan selepas diberitahu bahawa maklumat itu diperlukan mungkin merupakan laku musnah.
===Penyalahgunaan teg===
Membubuhkan {{tl|hapus}} dengan niat yang jahat, menghapuskan teg secara pantas walaupun syarat-syarat untuk berbuat demikian masih belum dipenuhi, ataupun membubuh teg perlindungan halaman pada rencana secara mengabui mata.
===Laku musnah templat
Memasukkan mana-mana satu perkara yang tertulis di atas dalam templat.
===Laku musnah berpindah halaman===
Berpindah halaman ke halaman yang mempunyai nama yang kesat atau yang bukan-bukan. Bagaimanapun, Wikipedia kini cuma mengizinkan pengguna yang telah membuat sekurang-kurang 25 suntingan untuk membuat pengalihan halaman, dan alasan untuk membuat demikian mesti dinyatakan.
===Laku musnah pengalihan===
Mengalih rencana atau halaman perbualan ke rencana atau imej yang kesat. Sebahagian pelaku musnah akan mencuba mengalih halaman ke tajuk yang bukan-bukan yang dicipta mereka. Kelainan ini biasa dilakukan oleh pelaku musnah yang mempunyai akaun yang terlalu baru untuk berpindah halaman. Ia sering dibuat pada halaman yang dilindungi daripada perpindahan.
===Laku musnah pautan===
Menulis semula pautan dalam rencana supaya ia kelihatan sama sahaja, tetapi merujuk kepada sesuatu yang tidak berkaitan ataupun yang tidak munasabah, umpamanya <nowiki>[[Pepsi-Cola|Coca-Cola]]</nowiki>.
===Laku musnah pengelakan===
Memadamkan <nowiki>{{hapus}}, {{copyvio}}</nowiki> dan teg-teg lain yang berkaitan untuk menyembunyikan ataupun mengelakkan kemungkinan sesuatu rencana dihapus.
===Memadamkan amaran===
Memadamkan amaran, baik untuk laku musnah atau jenis kelakuan lain yang dilarang ataupun tidak digalakkan, daripada halaman perbualan sendiri juga dianggap sebagai laku musnah.
===Laku musnah aksara rawak===
Menggantikan maklumat dengan aksara rawak, atau cuma memasukkan aksara rawak ke dalam halaman umpamanya, "aslkdjnsdagkljhasdlkh".
===Menukarkan komen orang lain===
Menyunting komen yang ditandatangani oleh pengguna yang lain supaya maksudnya bertukar (umpamanya, mengubah undi orang lain). Bagaimanapun, pemasukan komen bahawa sesuatu pesanan tidak ditandatangi merupakan pengecualian, umpamanya ''(komen tidak ditandatangani oleh pengguna)''
===Penyalahgunaan teg pertikaian===
Teg-teg [[Wikipedia:Pesanan templat/Pertikaian|pertikaian]] ialah cara penting bagi pengguna untuk menunjukkan bahawa sebuah rencana mengandungi masalah. Jangan menghapuskannya sehingga pertikaian telah diselesaikan. Sebagai panduan am, jangan dua kali menghapuskan teg pertikaian pengguna lain dalam tempoh 24 jam. Jangan salah membubuh teg pertikaian, umpamanya sewaktu ketiadaan pertikaian. Alasan untuk membubuh teg pertikaian adalah kerana sesuatu suntingan telah kegagalan dalam mendapat persetujuan. Sebagai ganti, sila mengikut [[WP:CON]] dan menerima hakikat bahawa sebahagian daripada suntingan-suntingan tidak akan menerima persetujuan.
===Laku musnah halaman perbualan rencana===
Memadamkan komen pengguna yang lain daripada halaman perbualan rencana, atau memadamkan seluruh bahagian, biasanya dianggap sebagai laku musnah. [[Wikipedia:Memadamkan bidasan peribadi|Memadamkan bidasan peribadi]] sering dianggap sebagai perbuatan yang sah, dan juga dianggapi bahawa pengarkiban halaman perbualan yang terlalu panjang ke dalam fail yang lain diikuti dengan penghapusan teks daripada halaman perbualan utama boleh diterima. Yang tertulis ini tidak kena-mengena dengan halaman perbualan pengguna sendiri. Pengguna-pengguna dibenarkan memadamkan komen luar mengikut budi bicara mereka, kecuali dalam kes amaran yang mana pemadaman adalah dihalang.
===Laku musnah dasar rasmi===
Memadamkan atau mengubahkan sebahagian daripada dasar rasmi Wikipedia yang tidak disetujui oleh pelaku musnah, tanpa mencuba mendapat persetujuan ataupun tidak hendak mengakui persetujuan yang wujud. Memperbaiki ataupun menjelaskan susunan kata yang selaras dengan persetujuan terkini tidak dianggap sebagai laku musnah.
===Laku musnah bahan hak cipta===
Menggunakan bahan hak cipta dengan penuh erti dalam Wikipedia dengan cara yang melanggari [[Wikipedia:Masalah hak cipta|dasar hak cipta Wikipedia]] dianggap sebagai laku musnah. Oleh sebab pengguna-pengguna mungkin tidak menyedari bahawa maklumat itu mempunyai hak cipta, ataupun tidak sedar akan dasar Wikipedia mengenai adakah bahan itu boleh atau tidak boleh diguna, perbuatan sebegini ''hanya'' merupakan laku musnah jika ia berterusan selepas sifat hak cipta bahan itu dan dasar berkaitan yang membataskan kegunaannya telah diberitahu kepada pengguna.
===Laku musnah penciptaan akaun===
Mencipta akaun dengan istilah kesat yang sengaja dalam nama pengguna dianggap sebagai laku musnah, tidak mengira sama ada akaun itu digunakan atau tidak.
 
== Apa yang tidak dianggap sebagai laku musnah==