Rodzane bin Haji Mohamed: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 47:
 
=== Keluar semula dari Wings ===
Jojet kembali keluar semula dari kumpualn Wings pada tahun 1994 atas masalah-masalah peribadi. Selepas Jojet keluar dari Wings beliau telah mengikut jejak Awie yang keluar dari Wings atas masalah-masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sesudah itu Jojet menjadi pemuzik (drum) undangan untuk lagu-lagu dan konsert solo [[Ahmad Azhar bin Othman|Awie]] dan kemudiannya menubuhkan kumpulan Dragon Malaya bersama Awie dan Kid pada tahun 2000 yang memuatkan 3 buah lagu di dalam album solo Awie berjudul [[Rentap]].
 
Selain bermain dram, Jojet menerima tawaran berlakon dalam beberapa buah filem, antaranya ''[[Sembilu II|Sembilu 2]]'', ''[[Tragedi Oktober]]'', ''[[Merah (filem)|Merah]]'', ''[[Nafas Cinta]]'' dan ''[[Bara (filem)|Bara]]''. Kemudianya Jojet menyertai kumpulan Dragon Malaya yang juaga adalah anggota asal kumpulan tersebut bersama Awie dan Kid pada tahun 2000 yang memuatkan 3 buah lagu di dalam album solo Awie berjudl [[Rentap]]. Jojet kemudiannya tidak lagi aktif di dalam bidang seni kerana ingin fokus sepenuh masa terhadap perniagaannya. Pada tahun 2010, beliau akhirnya kembali aktif bersama kumpulan Gersang. Sehingga kini ramai peminat masih berharap Jojet kembali aktif bersama Awie seperti dahulu.