Ekamatra (kugiran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 25:
Kumpulan Ekamatra telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh 6 orang anak muda yang tinggal di daerah [[Kota Tinggi]], [[Johor]]. Ketika itu, Diamond Head digunapakai sebagai nama asal kumpulan tersebut di mana [[Shahrul Ekamatra|Shahrul]] (gitar utama), Nurul (gitar kedua), Eddie (keyboard) dan Pacai (bass) masih belajar di sekolah menengah lagi. Sementara itu, dua lagi anggotanya iaitu [[Rahmat Ekamatra|Rahmat]] (vokal) dan Rashib (dram) pula sudah berumur dalam lingkungan 20-an pada ketika itu.
 
Atas inisiatif daripada Cikgu SallehudinSalilholdin, mereka kemudiannya disatukan untuk membentuk sebuah kugiran yang aktif membuat persembahan di daerah Kota Tinggi. Pada awalnya, mereka hanya bergiat aktif secara kecil-kecilan sahaja di majlis perkahwinan, di konsert mini dan di sekolah.
 
Tidak lama selepas itu, mereka menyertai dua pertandingan rock yang dianjurkan di Johor iaitu ''Juara Rock Johor Tengah'' & ''Juara Rock Johor'', setiap satunya diadakan pada tahun 1986 & 1988. Berbekalkan bakat dan kemahiran yang ada, mereka kemudiannya dinobatkan sebagai juara dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Sebagai juara pertandingan Juara Rock Johor, mereka telah mendapat hadiah yang lumayan dan antaranya ialah kontrak rakaman daripada salah satu syarikat rakaman antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia iaitu [[EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.|EMI]].