Kelembapan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 9:
 
Bagaimana pun, kelembapan mutlak berubah apabila [[tekanan]] udara berubah. Ini sangat menyukarkan pengiraan [[kejuruteraan kimia]], misalnya bagi [[pengering pakaian]] yang suhu dapat sangat berubah-ubah. Akibatnya, kelembapan mutlak pada umumnya ditakrifkan dalam kejuruteraan kimia sebagai jisim wap air per seunit jisim udara kering, juga dikenali sebagai jisim nisbah campuran, yang lebih rapi bagi pengiraan keseimbangan haba dan jisim. Jadi jisim air per seunit isipadu seperti dalam persamaan di atas dapat ditakrifkan sebagai '''kelembapan isipadu metrik'''. Disebabkan kekeliruan yang mungkin, [[Standard British]] BS 1339 (semakan 2002) mencadangkan penghindaran istilah "kelembapan mutlak". Unit-unit seharusnya selalu diperiksa. Kebanyakan carta-carta kelembapan diberikan dalam g/kg atau kg/kg, tetapi sebarang unit jisim dapat digunakan.
 
==Nisbah campuran / Nisbah kelembapan==
'''Nisbah campuran''' atau '''nisbah kelembapan''' diungkapkan sebagai nisbah kilogram bagi wap air<math> m_w </math>, per kilogram udara kering, <math> m_d </math>, pada suhu yang diberi. Istilah percakapan "kandungan lembapan" (moisture content) juga digunakan bagi menggantikan nisbah campuran/kelembapan. Nisbah kelembapan adalah paksi standard dalam carta-carta psikrometrik, dan adalah parameter berguna dalam pengiraan psikrometrik kerana ia tidak berubah dengan suhu kecuali apabila udara menyejuk pada tahap bawah takat embun.
 
Nisbah itu dapat diberi sebagai:
 
:<math> MRi = {m_w \over m_d} </math>
 
[[Tekanan separa]] wap air dan udara juga dapat digunakan untuk mengungkapkan nisbah ini.
 
==Rujukan==