Telefon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 107:
Frekuensi radio ialah sebuah sumber yang terhad dan berkongsi. Frekuensi yang lebih tinggi yang digunakan telefon bimbit mempunyai kelebihan dalam jarak yang dekat. Jarak perhubungan agak mudah dijangka dan boleh dikawal dengan mengubah tahap tenaganya. Dengan menggunakan tenaga yang mencukupi untuk berhubung dengan tapak sel yang "terdekat", telefon-telefon yang menggunakan satu tapak sel tidak akan mengganggu telefon lain yang menggunakan frekuensi yang sama pada tapak sel yang lain. Frekuensi yang tinggi juga berkesan dengan pelbagai bentuk ''[[multipleksing]]'' yang membenarkan lebih daripada satu buah telefon untuk berhubung dengan menara yang sama dengan jumlah frekeunsi yang sama.
 
zzz郵件內容zzz
=== Telefon Tanpa Kord/Bergerak ===
 
Terdapat telefon yang berfungsi sebagai telefon [[tanpa kord]] apabila menghampiri stesen tapak sepadannya (dan ada kalanya stesen-stesen tapak lain) dan berfungsi sebagai telefon [[tanpa wayar]] apabila di lokasi-lokasi lain tetapi atas pelbagai alasan tidak menjadi popular.
 
Beberapa jenis telefon tanpa kord berfungsi seperti telefon selular tetapi hanya sekitar rangkaian peribadi yang kecil meliputi sebuah bangunan atau beberapa buah bangunan. Sistem seperti ini yang menggunakan [[VoIP]] adalah popular di hospital-hospital dan kilang-kilang yang mempunyai rangkaian yang sama digunakan untuk data dan suara.
 
== ''VoIP Telephony'' ==