Kebudayaan Indonesia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 9 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q2717220
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Kebudayaan Indonesia walau beraneka ragam, namun pada dasarnya terbentuk dan dipengaruhi oleh kebudayaan besar yang lain seperti [[kebudayaan Cina]], [[kebudayaan India]], dan [[kebudayaan Arab]]. Kebudayaan India terutama masuk dari penyebaran agama [[Hindu]] dan [[Budisme|Buddha]] di [[Nusantara]] jauh sebelum Indonesia terbentuk. Kerajaan-kerajaan yang bernafaskan agama Hindu dan Buddha sempat mendominasi Nusantara pada [[abad ke-5]] ditandai dengan berdirinya kerajaan tertua di Nusantara, [[Kutai]] sampai ke penghujung [[abad ke-15]].
 
Kebudayaan Cina masuk dan mempengaruhi kebudayaan Indonesia kerana interaksi [[perdagangan]] yang intensif antara pedagang-pedagang [[Tionghoa|Cina]] dan Nusantara ([[Sriwijaya]]). Selain itu, banyak pula yang masuk bersama perantau-perantau Cina yang datang dari daerah selatan [[China]] dan menetap di Nusantara. Mereka menetap dan mengahwini penduduk tempatan menghasilkan [[perpaduan]] kebudayaan Cina dan tempatan yang unik. Kebudayaan seperti inilah yang kemudian menjadi salah satu akar daripada kebudayaan tempatan moden di Indonesia seperti kebudayaan [[Jawa]] dan [[Betawi]].
 
Kebudayaan Arab masuk bersama penyebaran [[agama]] [[Islam]] oleh pedagang-pedagang Arab yang singgah di Nusantara dalam perjalanan mereka menuju negara China.