Miller: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ayat
Figarobarba (bincang | sumb.)
Baris 27:
 
== Kerjaya ==
Lelaki berdarah kacukan [[Pakistan]]-[[Orang Cina Malaysia|Cina]]-[[Orang Melayu Malaysia|Malaysia]]-[[Bangsa Arab|Arab]] ini termasuk [[pelakon]] biasa di Malaysia setelah beberapa tahun bergelar pelakon remaja. [[Yasmin Ahmad]] merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Miller ke industri perfileman selepas mengambil beliau berlakon dalam iklan televisyen [[Petronas]] sempena Hari Kebangsaan 2003 yang berjudul "Becha Param". Miller berusia 16 tahun pada ketika itu. Setelah itu, beliau sekali menjadi pilihan Yasmin untuk muncul dalam filem debut berjudul [[Sepet]] pada tahun 2005 di samping [[Sharifah Amani]]. Ketika itu Miller sering menghiasi kaca televisyen menerusi iklan komersial seperti Rexona dan Honda.
 
Namun, nasibnya berubah setelah berhijrah ke Indonesia di usia 20 tahun pada tahun 2007. Setelah tiba di Jakarta, Miler sama sekali tidak sukar mencari peluang kerana dia terus ditawarkan sebagai bintang iklan produk [[mi segera]] bersama [[Luna Maya]]. Namanya popular di Indonesia setelah dalam waktu yang hampir bersama membintangi dua filem, "[[Bukan Bintang Biasa]]" dan "[[Cintapuccino]]" pada tahun 2007. Bahkan dalam "Cintapuccino", Miler mendapat peranan utama lelaki mendampingi [[Sissy Priscillia]].<ref>[http://www.kapanlagi.com/h/0000180544.html Miller, Tak Laku di Malaysia, Berjaya di Indonesia], [[KapanLagi.com]], dicapai pada [[21 Februari]] [[2008]]</ref> Nama Miller semakin akrab bagi pencinta sinetron, ketika mendampingi [[Kirana Larasati]] dalam sinetron "Azizah".<ref>[http://www.kapanlagi.com/h/0000200512.html Kirana Larasati, Bangga Dikejar-Kejar], [[KapanLagi.com]], dicapai pada [[21 Februari]] [[2008]]</ref> Dia membintangi sinetron "[[Cinta dan Anugerah]]" bersama [[Nabila Syakieb]] dan [[Eva Anindhita]]. Pada tahun 2014, Miller kembali menghiasi drama televisyen Malaysia apabila berlakon di samping [[Remy Ishak]] dan [[Rita Rudaini]] dalam drama bersiri "Satu Hari". Namun kariernya masih berpusat di Indonesia.