Perbezaan antara semakan "Hari Deepavali"

15 bait dibuang ,  8 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
k (Membalikkan suntingan oleh 2001:E68:40B7:4685:41D9:14DD:C668:2635 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar)
Teg-teg: Undur Buat asal
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
 
Perayaan '''Deepavali''' menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan spiritual atau rohani.
 
Perkataan Tamil "Deepavali" merupakan kombinasi dua perkataan. "''Deepam''" membawa maksud "Cahaya" atau "Lampu" manakala "''Vali''" bermaksud "Arah" atau "Jalan". Maksud kasarnya menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya.