Pengangkutan di Korea Utara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Asyraf (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Pengangkutan di Korea Utara dikekang oleh masalah ekonomi dan sekatan kerajaan. Pengangkutan awam mendominasi, dan kebanyakannya adalah elektrik. == Sekata...'
 
Muhd Asyraf (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
== Sekatan ke atas kebebasan pergerakan==
Pelancongan di Korea Utara dikawal ketat. Laluan standard ke dan dari Korea Utara adalah dengan kapal terbang atau kereta api melalui Beijing. Pengangkutan terus ke dan dari Korea Selatan mungkin pada skala yang terhad dari tahun 2003 sehingga 2008, apabila jalan telah dibuka (bas pelancongan, tiada kereta persendirian). Kebebasan bergerak di Korea Utara juga terhad, kerana rakyat tidak dibenarkan bergerak bebas di dalam negara mereka. Pada 22 November 2018, KoreaUtara dan Korea Selatan membuka semula jalan di sempadan Korea yang ditutup sejak tahun 2004. Pada 30 November 2018, pengangkutan kereta api antara Korea disambung kembali apabila kereta api Korea Selatan melintasi Korea Utara buat kali pertama sejak November 2008. Pada 8 Disember 2018, sebuah bas Korea Selatan melintasi Korea Utara.