Khilafah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aybeg (bincang | sumb.)
Aybeg (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Islam}}
'''Khilafah''' ([[bahasa Arab]]: خِلافة, juga digelar '''kekhalifahan''') adalah sebuah negara di bawah pimpinan seorang pengelola Islam dengan gelaran khalifah ([[bahasa Arab]]: خَليفة), seorang yang dianggap sebagai pengganti agama kepada Nabi Muhammad dan seorang pemimpin seluruh [[ummah]].<ref>Kadi, Wadad; Shahin, Aram A. (2013). "Caliph, caliphate". The Princeton Encyclopedia of Islamic Political Thought: 81–86.</ref> Dari segi sejarah, khilafah adalah tatanegara berasaskan Islam yang berkembang menjadi empayar rentas negara dan mempunyai pelbagai etnik.<ref>Al-Rasheed, Madawi; Kersten, Carool; Shterin, Marat (11 December 2012). Demystifying the Caliphate: Historical Memory and Contemporary Contexts. Oxford University Press. p. 3. ISBN 978-0-19-932795-9.</ref> Semasa zaman pertengahan, tiga kekhalifahan utama diasaskan: Khilafah Rasyidin (632-661 TM [Tahun Masihi]), Khilafah Umaiyyah (661-750 TM) dan Khilafah Abbasiyah (750-1258 TM). Pada khilafah utama keempat, [[Kekhilafahan Uthmaniyah|Khilafah Uthmaniyah]], pemerintah [[Empayar Uthmaniyah]] menuntut kuasa khilafah dari tahun 1517. Dalam sejarah Islam, beberapa negara Muslim yang lain, dengan hampir semua pewaris takhta, telah menuntut khalifah.<ref>Kadi, Wadad; Shahin, Aram A. (2013). "Caliph, caliphate". The Princeton Encyclopedia of Islamic Political Thought: 81–86.</ref>
[[Fail:Mohammad adil-Rashidun-empire-at-its-peak-close.PNG|thumb|kanan|300px|Kekhalifahan Rasyidin pada tahap yang paling tinggi, di bawah pemerintahan Khalifah Uthman]]