Javier Zanetti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
| clubs1 = [[Talleres de Remedios de Escalada|Talleres]]
| clubs2 = [[Club Atlético Banfield|Banfield]]
| clubs3 = [[Inter Milan|InterInternazionale]]
| caps1 = 33
| goals1 = 1
Baris 38:
Zanetti bersama Inter menjuarai beberapa kejohanan berprestij antaranya lima trofi Serie A dan empat kejuaraan [[Coppa Italia]]. Di peringkat Eropah, Zanetti berjaya membantu Inter untuk menang dalam perlawanan ke-700nya, iaitu perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA 2009-10|Liga Juara-Juara]] pada 2010. Kejayaan itu adalah bagi melengkapkan gelaran "treble" bagi Inter dan Inter menjadi kelab Itali pertama membuat rekod bersejarah itu. Pada peringkat antarabangsa, beliau telah memegang rekod pemain memiliki kaps terbanyak dalam pasukan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina|Argentina]]. Beliau juga beraksi dalam dua edisi [[Piala Dunia FIFA|Piala Dunia]] dan lima kejohanan [[Copa América]].
 
Beliau juga memegang rekod penampilan terbanyak untuk kelab Itali yang berasal dari negara luar Itali iaitu sebanyak 858 perlawanan rasmi. Beliau juga merupakan pemain beraksi terbanyak dalam sejarah iaitu sebanyak 1123 perlawanan. Hanya [[Rogério Ceni]] (1200 perlawanan) dan [[Peter Shilton]] (1362 perlawanan) telah bermainberaksi lebih banyak perlawanan.
 
== Kehidupan awal ==
Baris 52:
 
===Internazionale===
Zanetti melakukan penampilan sulungnya untuk [[Inter Milan|Internazionale]] pada 27 Ogos 1995 ketika perlawanan menentang [[Vicenza Calcio|Vicenza]]. Beliau menjaringkan gol kedua Inter dalam aksi final [[Piala UEFA 1997–98|Piala UEFA]] menentang [[S.S. Lazio|Lazio]] di [[Parc des Princes]], Paris.<ref>{{cite news|title=1997/98: Zamorano leads Inter success|url=http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/season=1997/overview/index.html|accessdate=19 May 2014|newspaper=[[UEFA]]|date=1 June 1998}}</ref> Kejayaan tersebut menandakan kejayaan pertama Zanetti bersama Inter setelah tewas dalam perlawanan akhir [[Piala UEFA 1996–97|Piala UEFA]] pada musim sebelum ini.
 
Pada lewat tahun 2001, beliau telah dipilih untuk menjadi kapten pasukan Inter setelah [[Ronaldo]], kapten Inter sebelum ini mengalami kecederaan.
 
Pada Ogos 2003, Zanetti menandantangani kontrak baru bersama Inter sehingga Jun 2007.<ref>{{cite web|url=https://www.inter.it/en/news/9865/inter-captain-javier-zanetti-turns-30|title=Inter captain Javier Zanetti turns 30|publisher=inter.it|date=10 August 2003|accessdate=8 March 2019}}</ref><ref>{{cite web|url=https://www.inter.it/en/news/9806/j-zanetti-ive-renewed-my-contract-with-inter-until-2007|title=J. Zanetti: "I've renewed my contract with Inter until 2007."|publisher=inter.it|date=6 August 2003|accessdate=8 March 2019}}</ref>
 
Selepas ketibaan [[Maicon Sisenando|Maicon]] pada permulaan musim 2006–07, Zanetti berpindah ke posisi [[pemain tengah]] dari posisi asalnya iaitu bek kanan. Beliau mengakhiri kemarau empat tahun tanpa jaringan gol peribadi pada 5 November 2006<ref name="Match Formations">{{cite web|title=Match Formations|work=Football-Lineups.com|url=http://www.football-lineups.com/wiki/_match1323.php | accessdate=17 January 2007}}</ref> dalam aksi menentang [[Ascoli Calcio 1898|Ascoli]]. Sebelum perlawanan itu, kali terakhir beliau mencetak nama sebagai penjaring gol Inter pada 6 November 2002 semasa menentang [[Empoli F.C.|Empoli]]. Pada 27 September 2006, Zanetti beraksi dalam perlawanan ke-500nya untuk Inter ketika menentang [[FC Bayern Munich|Bayern Munich]].<ref>{{cite web|url=http://www.clarin.com/diario/2006/09/26/um/m-01278768.htm|title=Zanetti completes 500 matches with Inter}}</ref> Sementara itu pada 22 November 2006 pula, beliau beraksi dalam perlawanan ke-100nya dalam pentas [[UEFA|Eropah]] ketika menentang [[Sporting Clube de Portugal]].<ref>{{cite web |title=tactical Formations|work=Football-Lineups.com|url=http://www.football-lineups.com/players/player.php?route=109 | accessdate=17 January 2007}}</ref>
 
Zanetti memainkan peranan penting dalam perlawanan [[Supercoppa Italiana 2008]] menentang [[A.S. Roma|Roma]]. Beliau menyudahkan tendangan penalti Inter yang terakhir dalam aksi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sekali gus memastikan pasukannya merangkul kejuaraan tersebut buat kali ketiga.<ref>{{cite news|url=https://www.goal.com/en/news/8/main/2008/08/26/834337/zanetti-my-first-ever-penalty|title=Zanetti: My First Ever Penalty|publisher=Goal.com|author=Adam Scime|date=26 August 2008|accessdate=8 March 2019}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.inter.it/it/news/42062/zanetti-che-rigore-il-mio-primo-rigore|title=Zanetti: "Che rigore e il mio primo rigore!"|trans-title=Zanetti: "This penalty is my first!"|publisher=inter.it|language=it|date=25 August 2008|accessdate=8 March 2019}}</ref> Zanetti meraikan perlawanannya ke-600 untuk Inter pada 24 September 2008 semasa menentang [[U.S. Lecce|Lecce]].
 
Walaupun Zanetti sering dikelaskan sebagai seorang pemain pertahanan, namun kebanyakannya beliau beraksi di posisi pemain tengah pada awal musim 2008–09. Pada Oktober 2008, ketika jurulatih [[José Mourinho]] berdepan krisis beberapa tonggak pemain tengah Inter seperti [[Esteban Cambiasso]] dan [[Sulley Muntari]] dibelenggu kecederaan, Zanetti sekali lagi berpindah ke posisi pemain tengah bagi menghadapi perlawanan menentang [[Genoa C.F.C.|Genoa]] dan [[ACF Fiorentina|Fiorentina]]. Semasa tempoh itu, Mourinho meletakkan beliau di posisi pemain tengah manakala barisan pertahanan dibarisi oleh Maicon, [[Lúcio]], [[Walter Samuel]] dan [[Cristian Chivu]].
 
Musim 2009–10 bermula dengan langkah kanan buat Zanetti apabila beraksi dalam pertembungan ''[[Derby della Madonnina]]'' menentang musuh tradisi, [[A.C. Milan|Milan]] dan berjaya membelasah pasukan lawan dengan skor 4-0. Dalam perlawanan menentang Genoa pada 17 Oktober, beliau memulakan serangan hendap bagi merencanakan jaringan gol kedua Inter setelah berjaya merebut bola daripada pemain lawan. <ref>{{cite web|url=https://www.inter.it/en/news/58181|title=Throwback thursday: Stakovic's stunner against Genoa|publisher=inter.it|date=17 October 2009|accessdate=8 March 2019}}</ref> Pada 24 Oktober, beliau mencapai rekod yang dipegang oleh [[Giacinto Facchetti]] iaitu 476 kemunculan di [[Serie A]] semasa beliau beraksi menentang [[Catania Calcio|Catania]]. Beliau turut masih memegang rekod 162 penampilan berturut-turut untuk Inter.<ref>
{{cite news|url=http://goal.com/en/news/60/south-america/2009/12/16/1689931/south-american-dispatch-javier-zanetti-tempted-home-from|title=South American Dispatch: Javier Zanetti Tempted Home From Italy By Banfield|publisher=goal.com|date=16 December 2009|accessdate=18 December 2009}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.fedenerazzurra.net/news/2019/1/21/zanettis-record-of-playing-in-162-consecutive-matches-is-safe-thanks-to-acerbis-red-card|title=Zanetti's record of playing in 162 consecutive matches is safe thanks to Acerbi's red card|publisher=FedeNerazzurra.net|accessdate=12 March 2019}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.football-italia.net/133545/acerbi-wont-beat-zanetti-record|title=Acerbi won't beat Zanetti record|publisher=Football Italia|date=20 January 2019|accessdate=12 March 2019}}</ref>
 
Inter meraih trofi [[Liga Juara-Juara UEFA 2009-10|Liga Juara-Juara Eropah]] setelah menumbangkan Bayern Munich 2-0 dalam aksi final pada 22 Mei 2010.<ref>{{cite news|url=https://www.theguardian.com/football/2010/may/22/inter-champions-league-final-bayern|title=Inter win Champions League final as Diego Milito downs Bayern Munich|publisher=The Guardian|author=Paul Wilson|location=Madrid|date=22 May 2010|accessdate=8 March 2019}}</ref> Perlawanan itu menandakan penampilan ke-700 untuk Zanetti bersama Inter<ref>{{cite web|url=https://www.timeslive.co.za/sport/soccer/2010-05-21-zanetti-to-play-700th-match-for-inter/|title=Zanetti to play 700th match for Inter|publisher=Times Live|date=21 May 2010|accessdate=8 March 2019}}</ref> dan kejayaan tersebut menjadikan beliau merupakan kapten bagi mana-mana kelab Itali yang pertama meraih pencapaian "treble" iaitu setelah membantu Inter merangkul ''[[Scudetto]]'', [[Coppa Italia]] dan [[Liga Juara-Juara Eropah]].<ref>{{cite news|url=http://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsid=1490968.html|title=Inter join exclusive treble club|publisher=UEFA.com|date=22 May 2010|accessdate=7 June 2017}}</ref>
 
Pada 20 October 2010 iaitu semasa berusia 37 tahun dan 71 hari, Zanetti menjadi pemain tertua menjaringkan gol dalam kejohanan Liga Juara-Juara ketika menentang [[Tottenham Hotspur F.C.|Tottenham Hotspur]] di [[San Siro]].<ref>{{cite web|title= Inter Milan 4 Tottenham 3|url=http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/europe/9102192.stm|publisher=BBC Sport|accessdate=20 October 2010|date=20 October 2010}}</ref> Jaringan gol tersebut merupakan jaringan keduanya di Liga Juara-Juara setelah beliau kali terakhir mencipta gol pada Disember 1998 ketika menentang [[SK Sturm Graz|Sturm Graz]]. Di samping itu, beliau juga merupakan salah satu penjaring gol Inter dalam aksi [[Piala Dunia Kelab FIFA 2010]] menentang [[Seongnam Ilhwa Chunma]].<ref>{{cite web|title=FIFA Club World Cup UAE 2010|url=https://www.fifa.com/tournaments/archive/clubworldcup/uae2010/matches/round=254486/match=300140535/report.html|publisher=[[FIFA]]|accessdate=11 May 2014}}</ref>
 
Pada 19 Januari 2011, Zanetti mengambil alih rekod yang dipegang legenda Inter [[Giuseppe Bergomi]] dalam jumlah penampilan di Serie A setelah beliau beraksi dalam perlawanan ke-520nya di Serie A. Pada 11 Mei 2011, Zanetti melakukan kemunculannya ke-1000 sebagai pemain bola sepak dalam aksi [[Coppa Italia 2011–12|Coppa Italia]] menentang Roma. Pada 20 September 2011, Zanetti memecah rekod Giuseppe Bergommi sebagai pemain terbanyak beraksi di Serie A semasa perlawanan menentang [[Novara Calcio|Novara]].
 
Pada 10 Mac 2013, Zanetti beraksi dalam perlawanan ke-600nya di Seire A untuk Inter ketika menentang [[Bologna F.C. 1909|Bologna]].<ref>{{cite web|url=http://www.football-italia.net/31700/zanetti-my-600th-inter-game |title=Zanetti: 'My 600th Inter game' |publisher=Football Italia |date=10 March 2013 }}</ref> Pada 21 April 2014, beliau beraksi dalam perlawanan rasminya ke-1,100 dalam aksi menentang [[Parma F.C.|Parma]] sekali gus menjadikannya sebagai pemain keempat membuat kemunculan terbanyak sepanjang zaman.<ref>{{cite news|url=https://int.soccerway.com/matches/2013/04/21/italy/serie-a/fc-internazionale-milano/parma-fc/1351578/|title=Internazionale vs. Parma|work=Soccerway|date=21 April 2014|accessdate=29 April 2014}}</ref>
 
Pada 29 April 2014, pengerusi kelab [[Erick Thohir]] mengumumkan bahawa Zanetti akan bersara pada penghujung musim 2013-14 dan beliau akan menjadi pengarah kelab.<ref>{{cite news|url=http://www.goal.com/en/news/10/italy/2014/04/29/4784130/zanetti-to-retire-this-summer-and-become-inter-director?ICID=HP_BN_3|title=Zanetti to retire this summer and become Inter director – Thohir|date=29 April 2014|accessdate=29 April 2014|publisher=Goal.com}}</ref> Perlawanan kompetitif terakhir Zanetti pada 10 Mei 2014 semasa Inter meraih kemenangan 4-1 ke atas Lazio.<ref>{{cite news|url=http://www.inter.it/en/news/45630|title=ZANETTI: "AN EMOTIONAL EVENING BUT WE'RE FOCUSED ON LAZIO"|date=10 May 2014|accessdate=10 May 2014|publisher=Inter.it}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.inter.it/en/match_center/4041|title=Inter 4 – 1 Lazio|date=10 May 2014|accessdate=10 May 2014|publisher=Inter.it}}</ref> Beliau menggantikan [[Jonathan Moreira]] pada minit ke-52 dan memakai lilitan kapten khas yang menampilkan nama-nama setiap pemain yang pernah beraksi dengannya sepanjang kariernya di Inter.<ref>{{cite news|last=Augustus|first=Luke|title=Javier Zanetti enjoys winning San Siro swansong as Inter Milan thrash Lazio|url=http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2625255/Javier-Zanetti-enjoys-winning-San-Siro-swansong-Inter-Milan-thrash-Lazio.html?ico=sport%5Eheadlines|accessdate=10 May 2014|newspaper=[[Daily Mail]]|date=10 May 2014}}</ref> Beliau mengumumkan persaraan setelah perlawanan menentang [[A.C. ChievoVerona|Chievo]] pada 18 Mei.<ref>{{cite news|title=Chievo v Inter|url=http://www1.skysports.com/football/live/match/299495/teams|accessdate=19 May 2014|newspaper=[[Sky Sports News]]|date=18 May 2014}}</ref>
 
== Kerjaya antarabangsa ==
Zanetti melakukan penampilan sulungnya untuk [[Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina|pasukan kebangsaan Argentina]] pada 16 November 1994 dalam perlawanan menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Chile|Chile]] ketika di bawah kendalian jurulatih [[Daniel Passarella]].
 
Zanetti telah dipanggil untuk mewakili Argentina ke kejohana [[Piala Dunia FIFA 1998|Piala Dunia 1998]] di Perancis. Beliau beraksi dalam perlawanan sulung Argentina di kejohanan itu semasa menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun|Jepun]] yang berkesudahan kemenangan 1-0 berpihak kepada Argentina.<ref>{{cite news|url=https://www.fifa.com/worldcup/matches/round=1014/match=8734/index.html|title=Argentina 1–0 Japan|publisher=FIFA|date=14 June 1998|accessdate=9 June 2016}}</ref> Dalam perlawanan pusingan ke-16, beliau menyudahkan jaringan melalui sepakan percuma oleh [[Juan Sebastián Verón]] semasa menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan England|England]] sekali gus menjadikan keputusan perlawanan seri 2-2.<ref>{{cite news|url=https://www.telegraph.co.uk/sport/football/teams/england/9939779/World-Cup-1998-Argentina-2-England-2-Argentina-win-4-3-on-pens-match-report.html|title=World Cup 1998; Argentina 2 England 2, Argentina win 4-3 on pens: match report|publisher=Telegraph.co.uk|author=Henry Winter|date=30 June 1998|accessdate=9 June 2016}}</ref> Argentina akhirnya menang 4-3 menerusi penentuan penalti namun tersingkir di peringkat suku akhir kepada [[Pasukan bola sepak kebangsaan Belanda|Belanda]].<ref>{{cite news|url=http://www.dailymail.co.uk/sport/worldcup2014/article-2685199/Dennis-Bergkamps-genius-fired-Holland-past-Argentina-1998-World-Cup-like-Sao-Paulo.html|title=Dennis Bergkamp's genius fired Holland past Argentina in the 1998 World Cup... will we see anything like it in Sao Paulo?|publisher=Daily Mail|author=Rob Draper|date=8 July 2014|accessdate=9 June 2016}}</ref>
 
Zanetti dipilih oleh jurulatih [[Marcelo Bielsa]] untuk ke kejohanan [[Piala Dunia FIFA 2002|Piala Dunia 2002]]. Beliau beraksi dalam tiap-tiap perlawanan Argentina sepanjang kejohanan tersebut namun pasukannya terpaksa pulang awal walaupun meraih kemenangan dalam perlawanan pertama mereka.
 
Zanetti meraikan penampilannya ke-100 untuk Argentina setelah membantu pasukannya meraih kemenangan ke atas [[Pasukan bola sepak kebangsaan Mexico|Mexico]] dalam aksi separuh akhir [[Piala Konfederasi FIFA 2005]] pada 26 Jun 2005 di samping beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. <ref>{{cite news|url=https://www.fifa.com/confederationcup/news/newsid=27258.html |title=Centurion Zanetti celebrates in style |publisher=FIFA |date=26 June 2005 |accessdate=2007-06-26 |archiveurl=https://web.archive.org/web/20071001150304/http://www.fifa.com/confederationcup/news/newsid%3D27258.html |archivedate= 1 October 2007 |deadurl=yes |df= }}</ref>
 
Walaupun beliau banyak tampil dalam aksi kelayakan ke Piala Dunia, namun jurulatih [[José Pékerman]] tidak memanggilnya ke skuad [[Piala Dunia FIFA 2006|Piala Dunia 2006]] yang mencetuskan kontroversi.<ref>{{cite news| url = http://www.skysports.com/football/news/11860/2376719/world-cup-snub-for-zanetti| title = World Cup snub for Zanetti| publisher = Skysports.com| date = 15 May 2006| accessdate=2007-07-11}}</ref> Instead, [[Lionel Scaloni]] was given a surprise selection, a move that bewildered many fans and media.
 
Di bawah bimbingan jurulatih baru [[Alfio Basile]], Zanetti telah dipanggil untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Perancis|Perancis]] pada 7 Februari 2007. Beliau beraksi dengan cemerlang dan membantu [[Javier Saviola]] untuk menjaringkan gol tunggal permainan sekali gus membantu Argentina meraih kemenangan pertama di bawah kendalian Basile.<ref>{{cite news|url=http://www.eurosport.com/football/int-friendlies/2006-2007/sport_sto1079917.shtml|title="Saviola sinks Les Bleus in Paris"|publisher=Yahoo sports|date=7 February 2007|accessdate=7 February 2007}}</ref> Pada tahun yang sama, Zanetti menjadi naib kapten Argentina untuk kejohanan [[Copa América 2007]] dan pasukannya telah mara ke final sebelum tunduk kepada [[Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil|Brazil]].
 
Pada April 2007, Zanetti teah diberi ''Anugerah Giuseppe Prisco''.<ref>{{cite news|url=http://www.tuttoabruzzo.it/index.php?option=com_content&task=view&id=6364&Itemid=251 |title="Premio Prisco: i vincitori della V edizione" |publisher=Tutto Abruzzo |language=Italian |date= |accessdate=9 June 2016 |deadurl=yes |archiveurl=https://web.archive.org/web/20131018152004/http://www.tuttoabruzzo.it/index.php?option=com_content&task=view&id=6364&Itemid=251 |archivedate=18 October 2013 }}</ref> Selepas persaraan [[Roberto Ayala]], Zanetti mewarisi lilitan kapten pasukan. Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Bolivia|Bolivia]] pada 17 November 2007, beliau menjadi pemain terbanyak melakukan penampilan bersama Argentina.<ref>{{cite news|url=http://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsid=622052.html|title="No stopping record-breaker Zanetti"|publisher=UEFA|date=19 November 2007|accessdate=9 June 2016}}</ref>
 
Zanetti tetap menjadi tonggak utama pasukan di bawah kendalian jurulatih baru [[Diego Maradona]], walaupun [[Javier Mascherano]] mengambil alih peranan kapten pasukan atas permintaan Maradona.<ref>{{cite news|url=https://www.fifa.com/worldcup/news/newsid=943929.html |title=Mascherano accepts captaincy offer |publisher=FIFA |date= |accessdate=9 June 2016 |deadurl=yes |archiveurl=https://web.archive.org/web/20130923064429/http://www.fifa.com/worldcup/news/newsid%3D943929.html |archivedate=23 September 2013 |df= }}</ref> Walaupun merangkul trofi Liga Juara-Juara bersama Inter, Zanetti dan rakan sepasukannya di Inter, [[Esteban Cambiasso]] tidak terpilih ke dalam skuad [[Piala Dunia FIFA 2010|Piala Dunia 2010]]. Keputusan ini dikecam hebat oleh pengulas dari Amerika Selatan dan juga Eropah. Sebaliknya, pemain yang berusia 30 tahun iaitu [[Ariel Garcé]] yang hanya memperoleh dua panggilan dalam tempoh lima tahun<ref>{{cite news|url=http://www.football-lineups.com/footballer/5011/|title=Ariel Garce matches|publisher=Football-Lineups.com|date=9 June 2016|accessdate=9 June 2016}}</ref> menerima panggilan mengejut namun beliau langsung tidak beraksi dalam sebarang perlawanan di kejohanan tersebut. Tempat Zanetti diambil oleh pemain [[Newcastle United F.C.|Newcastle United]] yang beraksi di divisyen kedua England, [[Jonás Gutiérrez]].<ref>{{cite news|url=http://www.goal.com/en/news/1863/world-cup-2010/2010/06/14/1976105/world-cup-2010-jonas-gutierrez-i-feel-comfortable-at-right|title=World Cup 2010: Jonas Gutierrez: I Feel Comfortable At Right Back For Argentina|publisher=Goal.com|author=Daniel Edwards|date=14 June 2010|accessdate=9 June 2016}}</ref>
 
Pada 20 Ogos 2010, jurulatih Argentina [[Sergio Batista]] memanggil Zanetti untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol|Sepanyol]] pada 7 September 2010. Dalam perlawanan itu, beliau bersama pemain legenda [[Gabriel Batistuta]] telah menerima penghormatan oleh [[Persatuan Bola Sepak Argentina]] oleh kerana karier mereka yang menakjubkan selain meraih tepukan gemuruh daripada 48,000 orang penonton.<ref>{{cite news|url=http://www.goaledor.com/argentina-national-team/argentina-batistuta-and-zanetti-winning-home-their-respective-records.html |title=Argentina: Batistuta and Zanetti, winning at home for their respective records |publisher=Football News @ Goaledor.Com |date=28 August 2010 |accessdate=20 August 2010 |deadurl=yes |archiveurl=https://web.archive.org/web/20110711102809/http://www.goaledor.com/argentina-national-team/argentina-batistuta-and-zanetti-winning-home-their-respective-records.html |archivedate=11 July 2011 }}</ref> Beliau sekali lagi dipanggil untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jepun pada Oktober 2010 tetapi diketepikan pada saat-saat akhir kerana mengalami kecederaan.<ref>{{cite news|url=http://www.ole.com.ar/futbol-internacional/Pupi-Milito_0_343765689.html|title=Pupi no, ¿y Milito?|publisher=Ole.com.ar|language=Spanish|date=28 September 2010|accessdate=28 September 2010}}</ref>
 
Zanetti merupakan antara anggota skuad Argentina bagi kejohanan [[Copa América 2011]] yang berlangsung di tanah airnya sendiri. Beliau beraksi dalam keempat-empat perlawanan Argentina sepanjang kejohanan tersebut yang menyaksikan pasukannya terkandas di peringkat suku akhir kepada [[Pasukan bola sepak kebangsaan Uruguay|Uruguay]].<ref>{{cite news|url=http://www.goal.com/en/match/argentina-vs-uruguay/1064737/report|title=Argentina 1-1 Uruguay (AET, 4-5 pens.): Carlos Tevez penalty miss proves costly as hosts crash out of Copa America|publisher=Goal.com|author=Daniel Edwards|date=17 June 2011|accessdate=9 June 2016}}</ref>